Pelakon, Edika Yusof menyangkal dakwaan bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri yang mendakwa berlaku keganasan rumah tangga dalam perkahwinan mereka sekali gus menjadi punca bercerai.
Artikel Berkaitan: Edika Yusof Tak Tolak Takdir Kembali Rujuk, Bekas Isteri Salah Faham Tentang Talak
Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Edika Yusof Dedah Sudah Lebih 20 Tahun Jadi Mangsa Keganasan Rumah – ‘Saya Ada Bukti Gambar, Audio & Video’
Nafi kasari isteri
Edika atau nama sebenar Muhammmad Yusof Abdul Majid, 58, berkata, sekiranya dakwaan tersebut benar, dia mempersoalkan tindakan Hidayah yang tidak membuat laporan polis sebelum ini.
Tiada kena-mengena dengan keganasan. Dia ada tiga abang besar, tiga adik lelaki, (semuanya) enam orang dan anak-anak pun dah besar.
Takkan mereka diam. Lagipun kalau berlaku keganasan dalam rumah tangga, kenapa dia tidak buat laporan dari dulu, kenapa baru sekarang?
Apa-apa dikongsi itu hak dia, saya pun boleh cakap ada 20, 30 bukti kalau mahu. (Cuma) ini bukan pertandingan tiada siapa akan menang.
Edika berkata demikian sejurus sah bercerai talak satu dengan bekas isteri di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Cerai hentikan konflik
Berkongsi lanjut, Edika sebaliknya berkata, dia bersetuju untuk memenuhi permintaan Hidayah yang ingin berpisah kerana mahu menamatkan konflik berpanjangan dalam rumah tangga mereka.
Saya tak ingin lagi bertelagah mengenai hal begini. Kami akan mendapat malu, anak-anak pun dapat malu. Kita kena jaga air muka anak-anak.
Jangan gaduh-gaduh, fokus pada anak dan kita muhasabah diri. Kalau dia perlukan kaunseling, pergilah.
Sebelum itu, bekas isterinya mendakwa menyimpan bukti dalam bentuk rakaman video dan gambar berkaitan dakwaan telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang lebih 20 tahun.
Kata Hidayah, dia sudah membentangkan segala bukti tersebut di hadapan hakim syarie.
Pada Isnin, Edika dan Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada pukul 10.42 pagi.
Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq
The post ‘Kalau Berlaku Keganasan Rumah Tangga, Kenapa Dia Tidak Buat Laporan Dari Dulu’ – Edika Yusof first appeared on OHBULAN!.