Segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang melihat pakaian yang disarung oleh isteri kepada pelakon, Nazrief Nazri iaitu Aizatul Aqma ketika mereka pergi bercuti.
Artikel Berkaitan: Nazrief Nazri Terima Mesej Nakal Lelaki Gersang – ‘Nak Cium Sesuatu Boleh?’
Artikel Berkaitan: Isteri Nazrief Nazri Dedah Puteri Sarah Lambat Saman ‘Penyondol’ Sebab Kasihan – ‘Bapa Dia Ada Sakit’
‘Seksi’
Menerusi hantaran di Threads, Nazrief, 33, memuat naik beberapa foto momen mereka yang dirakam sewaktu percutian tersebut.
Walau bagaimanapun, pakaian yang digayakan Aizatul dikatakan terlalu seksi apabila bahagian dadanya terdedah sehingga menampakkan lurah.
Satu lagi foto pula memperlihatkan pakaian yang digayakan Aizatul mendedahkan bahagian belakang tubuhnya.
Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen menegur aktor itu kerana memuat naik foto sedemikan seakan sengaja menayang aurat isteri kepada umum.
Malah, ada segelintir yang mendakwa Nazrief tidak menasihati isterinya tentang adab pemakaian sebagai seorang Islam.
Dalam pada itu, ada juga wargamaya yang menasihati antara satu sama lain agar tidak cepat menjatuhkan hukum, sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk pasangan tersebut.
Sekadar info, Nazrief mendirikan rumah tangga dengan model, Aizatul Aqma Hamdan pada 15 November 2019.
Sumber: Threads
The post Nazrief Nazri Dikecam Netizen Tayang Gambar Seksi Isteri – ‘Jaga Aurat, Jangan Jamu Mata Lelaki Lain’ first appeared on OHBULAN!.