Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35339

[VIDEO] Fattah Amin Dedikasi Mesej Buat Fatima, Akui Enggan Perceraian Terjadi – ‘Nanti Dah Besar, Fatima Akan Faham’

$
0
0

Pelakon popular, Fattah Amin meluahkan rasa sayang pada puteri sulungnya, Nur Fatima Aisya sehingga membuatkan rata-rata penonton turut sebak.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Seronok Bila Baca Komen Baik-Baik Termasuk Komen TokTi..’ – Fattah Amin

Artikel Berkaitan: Fattah Amin Dah Sediakan Duit Raya Untuk Fatima, Teruja Nak Sambut Lebaran Bersama

Mesej untuk Fatima

@mimpi_syakillaDari Fattah Amin buat Nur Fatima Aisya Hingga Janna Nick menitiskan air mata. Ya Rabb, jagalah hubungan ayah dan anak ini. Tonton Video Penuh Di Aplikasi Tonton. Melodi Up-Close with Fattah Amin? original sound – Syakila Dream

Menerusi satu sesi temu bual, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, akui enggan penceraian bersama bekas isterinya yang juga merupakan aktres,, Fazura terjadi.

Tambahnya, walaupun sudah tidak sebumbung namun, Fattah mengharapkan agar Fatima tidak melupakannya sebagai seorang ayah.

Kalau diberi peluang untuk daddy sendiri cakap dengan Fatima, daddy memang tak nak perkara ini jadi.

Daddy sayangkan Fatima.

Fatima tahu macam mana daddy sayangkan Fatima, dari lahir sehingga kini.

Sepanjang kita bersama, daddy simpan semua kenangan dalam telefon.

Walaupun sekarang ini, daddy sudah tidak lagi duduk dengan Fatima tapi daddy harap Fatima tak lupakan daddy.

Daddy akan sentiasa cuba untuk luangkan masa dengan Fatima sebaik mungkin.

Dadyy nak bawa Fatima pergi jalan-jalan, kita pergi taman, beli toys dan apa sahaja yang buat Fatima gembira.

Bila Fatima besar nanti, Fatima akan faham keadaan sebenarnya.

Dalam pada itu, Fattah menyatakan hasratnya untuk membahagiakan Fatima namun, keadaan tidak selalu mengizinkan.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan pasangan ini bagaimanapun sah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya.

Bagi hak penjagaan anak pula diserahkan sepenuhnya kepada pelakon Fazura. Manakala, Fattah dibenarkan bermalam dua kali dan lawatan tiga kali seminggu.

Sumber: TikTok @SyakilaDream

The post [VIDEO] Fattah Amin Dedikasi Mesej Buat Fatima, Akui Enggan Perceraian Terjadi – ‘Nanti Dah Besar, Fatima Akan Faham’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35339