Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35339

Suara Amerul Affendi Didengari, Pengurusan Panggung Lanjutkan Filem 6 Jilake Bagi Tontonan Umum

$
0
0

Pelakon Amerul Affendi meluahkan rasa puas hati selepas suaranya didengari mengenai pengurusan panggung filem lakonannya, 6 Jilake yang gagal mematuhi arahan tayangan dua minggu menerusi Skim Wajib Tayang.

Artikel Berkaitan: Amerul Affendi Tolak Tawaran Berlakon Pada Bulan Ramadan, Fokus Usaha Kebun – ‘Dah 10 Tahun Buat Kerja Kampung, Itu Kerja Hakiki Saya’

Artikel Berkaitan: Tak Famous Tapi Power- Ini 5 Filem Lakonan Amirul Affendi Yang Sangat ‘Menjadi’!

Tegur pengurusan panggung

Ketika ditemui OhBulan!, Amerul atau nama lengkapnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 38, berkata tindakannya bersuara secara terbuka membuatkan lebih ramai datang menonton 6 Jilake di wayang.

Bagaimanapun, Amerul tidak menunding jari pada mana-mana pihak kerana memahami proses berniaga.

Sepatutnya filem di bawah Skim Wajib Tayang perlu ditayangkan selama dua minggu.

Tapi ada panggung yang suka hati tarik tayangan pada minggu pertama.

Apa yang membuatkan saya bersuara di media sosial sebelum ini kerana pada 1 Mei, ramai yang cuti mahu keluar menonton wayang. Tapi slot tayangan tiada, membuatkan sukar nak hit minggu kedua.

Bagaimanapun, saya tak boleh salahkan mereka sebab ini adalah perniagaan, kita faham.

Saya ucapkan terima kasih kepada pawagam kerana memahami penonton kita. Suara kita didengari, berkat sokongan daripada penonton juga.

Amerul berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Tonton Original: Bru di Bangsar, pada Selasa.

Menyokong filem tempatan

Dalam pada itu, pelakon filem aksi 6 Jilake itu memaklumkan bahawa pentingnya untuk membuat gerakan mengajak lebih ramai masyarakat menyokong filem-filem tempatan.

Sebenarnya gerakan itu harus datang daripada pelakon filem itu sendiri.

Kita letih buat filem, kemudian biar orang lain mengotak-ngatikkan filem kita? Kemudian kita biarkan pula satu pihak sahaja buat promosi.

Sebagai pelakon, kita kena bantu juga penerbit sebab mereka keluarkan duit untuk buat filem, takkan kita mahu mereka sahaja menanggung kerugian? Perlu ada belas kasihan.

The post Suara Amerul Affendi Didengari, Pengurusan Panggung Lanjutkan Filem 6 Jilake Bagi Tontonan Umum first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35339