Isteri kepada penyanyi Sufian Suhaimi meraih perhatian dengan latar belakangnya yang dianggap ‘beauty with brain’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Sufian Suhaimi Raih Pujian, Netizen Samakan Wajah Dengan Sophia Albarakbah – ‘Tak Jemu Pandang’
Artikel Berkaitan: Sufian Suhaimi Sah Bergelar Suami Rania Al Sadat
Beauty with brain
@nona.my Lengkap pakej wife material, bertuahnya Sufian Suhaimi dapat sunting Rania Al-Sadat sebagai isteri. Selain bergelar peguam, wanita berusia 25 tahun ini minat modelling dan rajin berniaga online. Bukan itu saja, Rania juga seorang yang aktif dan ada lesen menyelam skuba. Tahniah buat pasangan @Sufian Suhaimi dan Rania, semoga perkahwinan berkekalan bahagia sampai ke syurga ? #majalahnona #sufiansuhaimi ? Wedding Song Free – Lounge Vibes
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Rania Al Sadat dilabel ‘pakej lengkap’ dengan kerjayanya sebagai seorang peguam di awal usia 25 tahun.
Selain itu, Rania juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Kepujian dari International Islamic University Malaysia (UIAM).
Sama cantik sama padan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan pengantin baru itu yang memiliki latar belakang yang berpendidikan. Selain itu, warganet turut mendoakan agar rezeki Sufian dan Rania semakin luas setelah bergelar suami isteri.
Sumber: TikTok @Nona
The post Isteri Sufian Suhaimi Dilabel ‘Beauty With Brain’, Bergelar Peguam Di Usia 25 Tahun first appeared on OHBULAN!.