Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35329

Raf Yaakob Kurang Senang Lihat Kisah Suami Isteri Dijaja Di Media Sosial – ‘Simpan Dalam Hati, Diam & Sabar’

$
0
0

Selebriti media sosial, Raf Yaakob kurang senang dengan tindakan segelintir individu yang mendedahkan kisah rumah tangga mereka di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Jika Perasaan Tidak Lagi Bersama, Untuk Apa Bertahan’ – Raf Yaakob

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raf Yaakob Makan Kurma ‘Butter’ Dicampur Coklat, Netizen Sakit Mata Tengok – ‘Kurma Makanan Sihat, Jangan Buat Macam Ni’

Pandangan Raf

 

View on Threads

 

Menerusi hantaran di Threads, Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob berkata, media sosial bukan medium terbaik untuk menceritakan tentang perihal rumah tangga.

Benda-benda pasal pasangan hidup, tak kisahlah masih bersama atau sudah tidak bersama..simpan sahajalah dalam hati.

Tak perlu gunakan media sosial untuk luahkan atau bergaduh.

Menurut Raf, diam dan sabar adalah cara terbaik daripada menyebarkan keburukan masing-masing.

Saya faham kadang awak perlu luahkan sebab nak pertahankan diri sebab kena fitnah. Tetapi percayalah, diam dan sabar sahaja.

Kebenaran akan terungkap, jika tidak sekalipun awak semua akan menang dekat akhirat.

Hidup kita dekat dunia ini kan untuk kita cari bekalan akhirat.

Komen netizen

 

View this post on Instagram

A post shared by Raf Yaakob (@rafyaakob)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Raf tersebut dan menyatakan bahawa setiap pasangan suami isteri perlulah bersikap matang dengan tindakan mereka.

Betul. Orang ramai tak perlu tahu semua benda yang berlaku.

Walaupun dalam hati nak balas, tapi Alhamdulillah sampai sekarang masih memilih sabar dan tidak luah apa-apa di media sosial.

Makin kita jelaskan, makin banyak benda buruk yang nampak. Tak ada penamat kalau salah seorang tak mengalah, takut jadi trending di media sosial pula.

Sumber: Threads Raf Yaakob

The post Raf Yaakob Kurang Senang Lihat Kisah Suami Isteri Dijaja Di Media Sosial – ‘Simpan Dalam Hati, Diam & Sabar’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35329