Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35675

[VIDEO] Kek Resepsi Eyka Farhana & Akhyar Rashid Di Pulau Langkawi Berharga RM3.5K

$
0
0

Majlis resepsi perkahwinan pelakon, Eyka Farhana dan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid di Pulau Langkawi menyorot perhatian ramai.

Bukan sahaja kemeriahan acara, malah kek Eyka dan Akhyar turut menjadi bualan kerana mencecah RM3,500 untuk sebiji.

Artikel Berkaitan: Video Pak Cik Albino Gigih Jual Barangan Kebersihan Runtun Hati Netizen – ‘Untuk Mereka Yang Selalu Merungut Hidup Susah, Lihatlah Ini’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terkejut Tengok Rumah Lima Tingkat Sid Murshid – ‘Tengok Dapur Ingat Duduk Kondo, Rupanya Persis Istana’

Kek berharga RM3,500

Menerusi perkongsian di TikTok, memaparkan video kek tersebut dibawa menuju ke tempat persandingan pasangan itu di The Danna Langkawi Resort & Beach Villas yang terletak di Pulau Langkawi.

Menjengah ke ruangan komen, pembuat kek itu memaklumkan harga kek bergantung kepada jenis kek yang dipilih oleh pelanggan.

Jelas pembuat kek, pasangan itu memesan kek belgium untuk hari bahagia mereka.

Difahamkan, berat kek tersebut mencecah kira-kira 15 kilogram dan bersaiz 20 inci.

Sebelum ini, Eyka selamat bergelar isteri kepada Akhyar dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse By The Lake Ampang.

Sekadar info, Eyka dan Akhyar selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga terdekat pada 4 Ogos tahun lalu.

Kisah percintaan mereka mula dihidu peminat masing-masing sejak 2020.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Kek Resepsi Eyka Farhana & Akhyar Rashid Di Pulau Langkawi Berharga RM3.5K first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35675

Trending Articles