Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35392

Hael Husaini Bagi ‘Hint’ Sedang Siapkan Lagu Untuk Diva Popular

$
0
0

Hael Husaini

Penyanyi dan komposer, Hael Husaini mengakui ada menerima permintaan daripada penyanyi tanah air untuk menghasilkan lagu buat mereka.

Artikel Berkaitan: Hael Husaini Akan ‘Berkurung’ Seminggu Sebelum ‘Showcase’, Mahu Rehatkan Kotak Suara

Artikel Berkaitan: Hael Husaini Mengaku Dah Tak ‘Available’, Akan Kongsi Berita Perkahwinan Bila Tiba Masa

Ramai request lagu

Hael Husaini

Hael atau nama sebenar Hal Husaini Razmi, 38, bagaimanapun berkata, dia minta diberikan masa kerana enggan menyiapkan lagu dalam keadaan tergesa-gesa demi menjaga kualiti sebuah karya.

Kalau nak ikutkan permintaan memang ada, tetapi saya sentiasa cakap kepada penyanyi yang minta lagu dengan saya untuk berikan masa.

Saya tidak pandai buat lagu dalam keadaan tergesa-gesa, saya akan mengkaji dahulu seseorang penyanyi itu sebelum hasilkan lagu untuk mereka.

Setakat ini, semua yang minta lagu, mereka memahami.

Hael berkata demikian ketika ditemui majlis Rocketfuel Last Kopek Raya yang berlangsung di Rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Hael turut memberi bayangan sedang menyiapkan lagu untuk seorang diva popular.

Sementara itu, dikatakan setiap lagu yang dihasilkan mempunyai sentuhan magis, Hael menjawab, semua kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha keras.

Tiada istilah apa yang saya buat mempunyai sentuhan magis, tetapi apa yang orang luar lihat hasil yang berjaya. Namun, disebalik kejayaan itu ada kegagalan yang saya harungi. Apa pun segala kejayaan yang datang merupakan rezeki.

The post Hael Husaini Bagi ‘Hint’ Sedang Siapkan Lagu Untuk Diva Popular first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35392

Trending Articles