Pempengaruh, Dahlia Rizal selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak sulungnya, seorang bayi perempuan pada Rabu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Luang Masa Berdua Sebelum Bergelar ‘Ayah’, Imran Luah Rasa Sayang Pada Dahlia – ‘Setiap Hari Saya Jatuh Cinta’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Sahkan Dahlia Hamil, Tak Alami Alahan Teruk – ‘Takut Juga Kalau Dia Tak Boleh Bau Suami’
Baby Yusra
Berita gembira itu dikongsikan oleh Dahlia menerusi Instagram pada awal pagi hari ini.
Menurut Dahlia yang juga isteri kepada pengacara dan pempengaruh media sosial iaitu Imran Aqil berkata anak perempuannya yang seberat 2.85 kilogram dilahirkan secara pembedahan Caesar atau C-section.
Alhamdulillah, inilah anak saya yang cantik, Yusra.
Menjengah ke ruangan komen, pengikut tumpang gembira di samping mendoakan kesejahteraan buat ibu dan anak.
Sebelum ini, ramai yang mendakwa Dahlia hamil anak pertama selepas bentuk badannya kelihatan berisi sewaktu menghadiri sebuah majlis bersama Imran.
Sekadar info, Imran dan Dahlia telah selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Villa Istana Ayer Keroh Melaka, pada September tahun lalu.
Reaksi netizen
Sumber: Instagram
The post Dahlia Rizal Selamat Bersalin Caesar, Bayi Perempuan Seberat 2.85kg first appeared on OHBULAN!.