Penyanyi, Zehra Zambri memberitahu sudah hampir dua minggu tidak tinggal sebumbung dengan suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin.
Artikel Berkaitan: Suami Zehra Zambri Enggan Lafaz Cerai Bersebab, Masih Tinggal Serumah Sebagai Ibu Bapa – ‘Tanyalah Dia Anak Tidur Dengan Siapa?’
Artikel Berkaitan: Suami Dakwa Dipukul Zehra Zambri Sebanyak 4 Kali Sepanjang Perkahwinan – ‘Paling Latest Masa Separuh Akhir GV11’
Tak tinggal sebumbung
Zehra, 37, berkata, dia mula meninggalkan kediaman kelamin mereka sejak suaminya mengeluarkan satu kenyataan di media sosial yang mengundang fitnah terhadapnya.
Sudah dua minggu kami tidak tinggal sebumbung, sekarang saya duduk di rumah keluarga sejak kenyataan yang dia buat hari itu.
Zehra berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi, bagi proses pelantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Pelantun lagu ‘Semalakama’ itu melantik bapanya, Zambri Ahmad sebagai wakil JKP.
Dalam pada itu, Zehra berkata, suaminya juga sudah mengambil semua barang peribadi dan meninggalkan rumah kelamin mereka sejak minggu lalu.
Kemudian minggu lepas dia sudah ambil semua barang-barang di rumah dan keluar dari kediaman kami.
Disoal mengenai hubungan dengan suami, Zehra menjawab mereka hanya berhubung soal anak.
Kami berhubung hanya tentang anak. Kalau dia cakap rindu anak, dia akan datang dan saya izinkan berjumpa.
Macam semalam (Selasa) pun tiba-tiba dia kata rindu anak.
Kerana hubungan bapa dan anak tidak akan putus sampai bila-bila. Untuk seterusnya saya akan memperincikan tentang hadanah.
Sementara itu, Zehra berkata, dia nekad meneruskan perceraian dan mengakui sudah bersedia jika dilepaskan hari ini.
Pada 10 April lalu, Iqwan enggan melepaskan Zehra dan mahkamah memutuskan kedua-dua pihak untuk melantik wakil bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Iqwan turut mendakwa dia menjadi mangsa penderaan isterinya dan dipukul sebanyak empat kali sepanjang tempoh perkahwinan.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.
The post Zehra Zambri Dedah Sudah Dua Minggu Tak Tinggal Sebumbung Dengan Suami, Sedia Diceraikan Hari Ini first appeared on OHBULAN!.