Hanya dengan sekali lafaz, pelakon jelita dari Indonesia Luna Maya sah menjadi isteri kepada aktor Maxime Bouttier pada petang Rabu.
Artikel Berkaitan: Luna Maya Profesional Lakukan Babak Intim Dalam ‘Main Api’, Set Penggambaran Dikawal Ketat & Kad Memori Dipegang Orang Tertentu
Artikel Berkaitan: Tolak Lamaran Lelaki Kaya, Luna Maya Selesa Hidup Sendiri – ‘Dia Kacak Tapi Dah Ada Isteri’
Sah menjadi isteri
@mrandmrsbouttier #MOONtotheMAX #maximebouttier #lunamaya #LUNAdicintaiMAXimal
? original sound – Mr & Mrs Bouttier ? – Mr & Mrs Bouttier ?
Menerusi video akad nikah yang dikongsikan di TikTok, Luna atau nama lengkapnya Luna Maya Sugeng telah selamat dinikahkan oleh abang kandungnya sendiri.
Turut kelihatan pada majlis tersebut adalah pelakon Raffi Ahmad yang bertindak sebagai salah seorang saksi.
Pelakon filem Sumala yang mengenakan pakaian tradisional Indonesia itu dilihat mengalirkan air mata sejurus selepas sah menjadi suri hati kekasihnya.
Difahamkan majlis penuh bermakna itu berlangsung di Bali dengan hanya dihadiri oleh keluarga serta sahabat baik kedua-dua mempelai.
Ucapan tahniah
Menjengah ke ruangan komen, pasangan sama cantik sama padan itu dihujani dengan ucapan tahniah dan iringi dengan doa agar rumah tangga yang dibina kekal selamanya.
Terdahulu, aktor berusia 32 tahun itu melamar Luna semasa percutian mereka di Jepun pada April lalu.
Meskipun jarak usia 10 tahun, namun ia tidak menghalang Luna dan Maxime untuk terus menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2023.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Jarak Usia 10 Tahun Bukan Penghalang, Luna Maya & Maxime Bouttier Kini Sah Suami Isteri first appeared on OHBULAN!.