Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35329

[VIDEO] Tak Upah Pengasuh, Yonnyboii ‘Senyap’ Sebab Mahu Fokus Besarkan Anak –‘Kurang Percaya Sikit Dengan Orang Luar’

$
0
0

Penyanyi, Yonnyboii mendedahkan dirinya kini banyak bekerja di belakang tabir selepas menimang cahaya mata, dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Kehidupan Yonnyboii Berubah 180 Darjah Selepas Bergelar Bapa, Mula Join Komuniti ‘Ayah Ayah’

Nak beri fokus pada anak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? ? ? ? ? ? (@niknazira)

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin ini berkata, dia mahu meluangkan sebanyak mungkin masa bersama anaknya yang kini sudah berusia setahun sembilan bulan.

Selama setahun lebih ini, saya banyak memberikan fokus kepada anak saya.

Dan dalam masa empat tahun, saya nak berikan fokus yang lebih kepada anak berbanding karier tapi tak bermakna saya akan tinggalkan kerjaya saya.

Sekarang bila dia dah besar sikit, adalah juga sedikit masa untuk saya berkarya.

Pada saya buat masa ini saya nak ada lebih banyak masa bersama dengan dia sebab masa depan mungkin saya tak ada banyak masa sangat dengan dia.

Orang kata momen beginilah yang kita sebagai ayah akan rindu.

Yonnyboii berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media Latihan Pestapora yang diadakan di The Campus, Ampang, pada Rabu.

Tak ada pengasuh

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Salahku’ ini mengakui berdepan dengan satu cabaran yang berbeza sejak bergelar ayah namun bersyukur kerana mempunyai isteri dan mak mentua yang banyak membantu.

Ini satu pengalaman yang baharu buat saya walaupun sibuk semua benda disenangkan.

Ianya menyeronokkan dan saya harap dapat tengok anak saya membesar dengan baik.

Walaupun sibuk saya ada isteri dan mak mentua yang banyak membantu saya.

Ketika ditanya adakah dirinya ada mengupah pengasuh, Yonnyboii memaklumkan dia dan isteri melakukan semuanya sendiri kerana tidak begitu mempercayai orang luar.

Kalau ada ‘show’ di luar saya akan bawa anak juga sebab saya dan isteri kurang sikit percayakan orang luar.

Kami pun memang tak ada pengasuh, semuanya kami lakukan sendiri.

Sebab banyak sangat isu yang tular macam kes culik, kes pukul dan kes orang yang jaga tak betul.

Kalau sibuk macam mana pun, kami akan cuba juga untuk jaga anak sendiri.

Untuk rekod, Yonnyboii dan isterinya, Nik Nazira Narriman mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021 selepas mengikat tali pertunangan selama sebulan.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin.

The post [VIDEO] Tak Upah Pengasuh, Yonnyboii ‘Senyap’ Sebab Mahu Fokus Besarkan Anak – ‘Kurang Percaya Sikit Dengan Orang Luar’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35329