Reaksi yang ditunjukkan pempengaruh dan usahawan, Kieda Crepe ketika menerima nasihat seorang wanita telah menyorot perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: Kieda Crepe Dinasihati Berhenti Buli Pelanggan – ‘Awak Patut Bersyukur Masih Ada Yang Sokong’
Kieda & Que ‘bersemuka’ di alam maya
@kopiitulahit Terima kasih sis mewakili suara rakyat malaysia?? semoga kieda berlapang dada menerima teguran ????#kiedacrepe #que #viralvideo #kieda #kiedacrepehouse #fyp #viralvideo #fyppppppppppppppppppppppp #fypage ? original sound – Qtyypiee? – walid
Menerusi TikTok, pengguna yang bernama @kopiitulahit memuat naik rakaman video memaparkan sesi siaran langsung Kieda dan seorang wanita yang dikenali sebagai Que.
Menerusi sesi siaran langsung tersebut, Que dilihat menasihati Kieda untuk berfikir dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan di media sosial.
Tindakan awak itu kalau boleh kena fikir betul-betul dahulu.
Kalau fikir sakit hati, memang sakit hati tapi tak semua benda kita boleh ‘expose’ di media sosial.
Saya juga nak minta maaf kalau teguran saya itu agak kasar cuma saya nak menasihati sahaja.
Pada saya Kieda tak boleh lah buat macam itu. Seeloknya jumpa wanita itu dan tegur secara elok.
Video tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya tertumpu ke arah mimik muka Kieda sewakti dinasihati Que.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa ego Kieda tinggi dan seakan tidak mahu menerima nasihat yang diberikan.
Terdahulu, seorang wanita memberi ulasan jujur dengan mengatakan ‘crepe’ yang dijual Kieda tidak sedap selain harga yang diletakkan tidak berpatutan.
Tidak lama kemudian, Kieda berjumpa dengan wanita terbabit dan mendakwa tindakannya telah memberi kesan negatif kepada syarikat. Malah, Kieda telah memulangkan semula wang wanita itu.
Que kemudiannya tampil memuat naik hantaran menasihati Kieda supaya menjaga tingkah laku dan tidak cepat melatah apabila ada pelanggan yang memberi ulasan jujur kepada produknya.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Didakwa Seakan Tak Mahu Dengar Nasihat, Netizen Tegur Reaksi Muka Kieda Crepe – ‘Masuk Telinga Kanan Keluar Telinga Kiri’ first appeared on OHBULAN!.