Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35247

Dua Akaun TikTok Disekat, Netizen Nasihat Kieda Crepe –‘Sebenarnya Diam Itu Lebih Baik’ 

$
0
0

Usahawan Kieda Crepe memaklumkan dua akaun TikTok miliknya telah disekat sejak malam tadi.

Artikel Berkaitan: Kieda Crepe Dinasihati Berhenti Buli Pelanggan – ‘Awak Patut Bersyukur Masih Ada Yang Sokong’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Bersemuka Dengan Ibu Tunggal Keji Crepe Tak Sedap – ‘Jumlah Makanan RM25, Saya Transfer RM50’

Dua akaun disekat

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Kieda atau nama lengkapnya Siti Nur Khalieda Yusra, memuat naik tangkap layar dua akaunnya yang telah disekat oleh pihak platform tersebut.

16 hari lagi nak keluar Big Tour, Allah bagi ujian hebat.

Dua akaun serentak kena banned, walhal lagi satu akaun tak buat siaran langsung pun.

Semoga ada rezeki dapat balik. Tolong doakan semua.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa akaun tersebut disekat adalah berpunca daripada laporan pengguna TikTok yang kurang senang dengan tindakan Kieda bertemu dengan pelanggannya sebelum ini.

Dalam masa yang sama, warganet juga menasihati Kieda supaya mengambil iktibar daripada isu tersebut dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Terdahulu, seorang wanita memberi ulasan jujur dengan mengatakan ‘crepe’ yang dijual Kieda tidak sedap selain harga yang diletakkan tidak berpatutan.

Tidak lama kemudian, Kieda berjumpa dengan wanita terbabit dan mendakwa tindakannya telah memberi kesan negatif kepada syarikat. Malah, Kieda telah memulangkan semula wang wanita itu.

Sumber: FB Khalieda Yusra

The post Dua Akaun TikTok Disekat, Netizen Nasihat Kieda Crepe – ‘Sebenarnya Diam Itu Lebih Baik’  first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35247