Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum isteri itu diceraikan suami ketika sedang hamil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Beza Nafkah Dengan Perbelanjaan Keperluan Dapur? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Jatuh talak jika isteri diceraikan ketika hamil
@umyy.x Replying to @izyandzamros ?? HUKUM MENCERAIKAN ISTERI KETIKA MENGANDUNG – #ustazazharidrus #iddah #andaitiadadia ? suara asli – Allginanjar – allginanjar
Menerusi video dimuat naik @umyy.x di TikTok, Ustaz Azhar memaklumkan bahawa meskipun hamil, talak yang dilafazkan suami itu sah dan ia dipanggil sebagai talak sunni.
Kalau benarlah lafaz itu berlaku makan terjatuhlah talak.
Ia dipanggil sebagai talak sunni.
Berkongsi lanjut, Ustaz Azhar menjelaskan tempoh idah bagi wanita yang diceraikan adalah sehingga mereka melahirkan anak.
Manakala tempoh idah bagi wanita yang diceraikan ketika hamil ialah sehingga dia melahirkan anak.
Tapi bagaimana pula kalau dia keguguran? Adakah idah itu habis sebab dia keguguran?
Jawapannya ia, keluar sahaja kandungan daripada perutnya maka habislah tempoh idah.
Sebagai contoh, dia keguguran ketika hamil enam bulan maka tempoh idahnya sampai situ saja.
Terdahulu, pempengaruh Siti Jamumall mencuri perhatian apabila mengesahkan telah rujuk kembali bersama suaminya yang juga pempengaruh, Aiman Tak Kesah selepas bercerai.
Perjelas Siti, perceraian itu berlaku ketika dirinya sedang hamil lima bulan.
Sumber: TikTok
The post Adakah Lafaz Talak Sah Jika Isteri Diceraikan Ketika Hamil? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus first appeared on OHBULAN!.