Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35630

Lelaki Muat Naik Video Budak Menangis Di Feri Mohon Maaf –‘Posting Saya Buatkan Kalian Tersinggung & Misleading’

$
0
0

Sedar dirinya menjadi bualan dan tohmahan ramai, lelaki yang tular kerana bengang berdepan situasi kanak-kanak menangis di dalam feri tampil membuat permohonan  maaf di TikTok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Harga Dendeng Nyet Ekstra Pedas Naik RM1, Netizen Terhibur Dengan ‘Presentation’ Khairul Aming – ‘Kalau Macam Ini, Naik RM3 Pun Saya Beli’

Mohon maaf

Menerusi perkongsian dibuat, lelaki yang dikenali sebagai Aeryll itu menjelaskan bahawa tujuan dirinya memuat naik video tersebut bukanlah untuk mencari kesalahan mana-mana pihak.

Sebaliknya, video perkongsiannya itu telah disalah tafsir segelintir pihak yang menonton.

Assalamualaikum, tujuan saya buat posting adalah untuk jelaskan semua perkara.

Saya nak buat permohonan maaf kepada semua yang bergelar ibu bapa di luar sana kerana posting saya itu telah membuatkan kalian tersinggung dan ‘misleading’

Tujuan saya muat naik video itu adalah kepada ibu bapa yang pernah alami situasi macam tu, apa nasihat mereka untuk pasangan baru seperti kami? Apa kami perlu buat bila ada anak nanti?

Itu saja, bukan niat nak hentam sesiapa. Saya nak tahu apa korang buat, mungkin ada ilmu yang saya tak tahu dan perlu belajar.

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan menegaskan tidak akan memadam video tersebut kerana mahu bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.

Bukan tak nak padam posting itu, tapi video pun dah tular dan tersebar luas jadi kalau padam pun tak ada guna.

Orang akan hentam juga dan kalau saya padam, orang akan kata saya tak bertanggungjawab atas tindakan saya.

Jadi, sekarang ini saya bertanggungjawab.

Jangan libatkan isteri

Menerusi perkongsian yang sama, lelaki tersebut juga berharap orang ramai tidak mengecam mahupun meninggalkan kata negatif terhadap isterinya.

Perjelas lelaki itu, setiap tindakan yang dilakukan adalah atas dirinya sendiri.

Jangan sampai mendoakan bini saya yang bukan-bukan, sebab benda ini saya yang buat. Bini saya tak ada kena-mengena

Kenapa muka bini saya macam itu? Sebab dia tak sihat.

Saya tak pertahan apa-apa, saya cuma minta maaf sebab korang terasa dengan kenyataan saya sebelum ni.

Terdahulu, tindakan lelaki tersebut yang memuat naik video dan menghentam ibu bapa yang membiarkan anak kecil mereka menangis di dalam feri telah meraih perhatian dan kecaman netizen.

Dakwa lelaki itu, tindakan kanak-kanak itu yang menangis hampir satu jam telah membuatkannya dan isteri berasa tidak selesa.

Sumber: TikTok

The post Lelaki Muat Naik Video Budak Menangis Di Feri Mohon Maaf – ‘Posting Saya Buatkan Kalian Tersinggung & Misleading’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35630

Trending Articles