Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35239

[VIDEO] Iddin Ramli Perjelas Perlu Dengar Cakap Ibu Atau Isteri –‘Suami Perlu Bijak Handle Situasi’

$
0
0

Pencipta kandungan yang juga pendakwah selebriti iaitu Iddin Ramli menjelaskan berkenaan suami perlu mendengar kata isteri atau ibu dalam perkongsiannya di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iddin Ramli Jawab Dakwaan Bercerai – ‘Hidup Berumah Tangga, Pasangan Mana Yang Tidak Diuji’

Artikel Berkaitan: ‘Buat Content Jangan Sampai Tak Ada Adab’ – Iddin Ramli Tegur Lelaki Pegang Janggut UAI

Perlu bijak

Menerusi perkongsian di TikTok, Iddin menjelaskan suami perlu bijak dalam mengendalikan situasi kerana perlu menjaga dua hati.

Kita kena faham, bukan semua apa yang ibu cakap wajib suami taat dan mandatori untuk kita ikut.

Bukan semua apa yang isteri cakap tu pun wajib dan perlu suami ikut.

Sebab itu sebagai suami kena ada pemikiran kritis dan kemahiran untuk menyelesaikan konflik supaya kalau clash antara kemahuan ibu dan isteri, kita boleh kendalikannya dengan baik.

Mengulas mengenai nafkah, Iddin berkata suami wajib mengutamakan isteri dan anak kerana itu adalah tanggungjawab utama selepas berkahwin.

Kalau suami tidak sempurnakan nafkah isteri tu berdosa besar sebagai suami.

Kalau nak beri duit belanja dekat ibu boleh saja dengan syarat selesaikan nafkah pada isteri.

Isteri paling utama

Jelasnya, sekiranya suami tidak mempunyai duit yang cukup, dia perlu mendahulukan isteri berbanding ibu.

Kita tidak dikira derhaka kalau kita tak boleh tanggung ibu, kalau betul-betul tak mampu.

Sebelum ini, tular satu video soal jawab bersama orang awam berkenaan suami perlu mendengar kata ibu atau isteri dalam kehidupan.

Individu tersebut kemudiannya menjawab perlu mendengar kata ibu berbanding isteri kerana sekiranya bercerai suami boleh cari lain.

Jawapan tersebut kemudiannya mencetuskan kekecohan dalam kalangan netizen.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Iddin Ramli Perjelas Perlu Dengar Cakap Ibu Atau Isteri – ‘Suami Perlu Bijak Handle Situasi’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35239