Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35247

SME Open Day Media Prima: Diskaun Iklan Hingga 80% Untuk Usahawan IKS!

$
0
0

bisnes sme

Kalau korang seorang usahawan atau pemilik bisnes kecil dan sederhana, ini mungkin peluang yang korang cari selama ini.

Media Prima Berhad, syarikat media terbesar di Malaysia, akan menganjurkan Media Prima SME Open Day pada 14 dan 15 Mei 2025 bertempat di Balai Berita, Bangsar. Acara dua hari ini direka khas untuk membantu usahawan IKS memahami bagaimana pengiklanan di platform media boleh bantu mengembangkan bisnes mereka.

Peluang belajar terus dari pakar industri

Hari pertama (14 Mei) dibuka kepada semua pemilik dan usahawan IKS. Sepanjang sesi pagi dan petang (9 pagi & 2 petang), peserta akan mendengar sesi perkongsian ilmu daripada personaliti terkenal seperti Fiza Sabjahan, serta wakil industri dan pakar dari Media Prima sendiri.

Manakala, perasmian akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Media Prima, Datuk Mohd Efendi bin Omar.

“Kami amat teruja untuk menganjurkan acara ini kerana kami percaya IKS memainkan peranan penting dalam ekonomi negara. Ini peluang unik untuk mereka berinteraksi dengan kami dan melihat bagaimana Media Prima boleh menjadi rakan kongsi dalam perjalanan bisnes mereka,” ujar Datuk Mohd Efendi bin Omar.

Selain sesi pembelajaran, peserta juga akan dibawa melawat ke studio televisyen dan radio Media Prima, serta diberi peluang untuk berinteraksi terus dengan wakil media. Paling menarik, peserta akan ditawarkan pakej pengiklanan dengan potongan harga sehingga 80%, khas sempena acara ini.

Hari kedua pula dikhaskan untuk pemilik dan usahawan IKS di bawah naungan Glocal Link (M) Sdn Bhd, anak syarikat MARA Corporation. Peserta juga akan mengikuti aktiviti yang sama seperti hari pertama – termasuk sesi perkongsian, lawatan studio dan peluang bertemu pakar industri.

Menurut Pengurus Besar Glocal Link, Badrul Hisham Baharum, kerjasama ini merupakan satu langkah proaktif dalam memperkasakan IKS agar mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi melalui pendedahan kepada strategi pemasaran media yang efektif.

Penyertaan adalah percuma, tapi tempat adalah terhad!

Jika korang adalah usahawan IKS yang berminat, penyertaan adalah percuma, tetapi tempat adalah terhad. Korang boleh imbas kod QR dalam poster rasmi di bawah.

Jangan lepaskan peluang untuk belajar dan rangka strategi pemasaran lebih mantap bersama Media Prima. Siapa tahu, inilah titik permulaan untuk bisnes korang berkembang lebih jauh!

The post SME Open Day Media Prima: Diskaun Iklan Hingga 80% Untuk Usahawan IKS! first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35247