Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35238

Watie Hanifiah Kongsi Rasa Hiba, Shuib Beri Kata Semangat –‘Sabar Itu Indah, Allah Tahu Yang Terbaik’

$
0
0

Hantaran dimuat naik isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah sempena sambutan Hari Ibu pada Ahad telah menyorot perhatian netizen.

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa ‘Baby Bump’ Watie Makin Jelas, Komen Shuib Bikin Terhibur – ‘Banyak Sangat Makan Ni’

Watie kongsi rasa sedih

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Menerusi Instagram (IG), Watie memuat naik gambar ilustrasi memaparkan seorang bayi yang sedang dalam perjalanan ke syurga sambil melambai ibunya yang sedang menangis.

Menerusi hantaran yang sama, Watie turut berkongsi kata-kata sedih mengenai kehilangan.

Aku masih ingat hari itu, jam itu aku kehilangan seseorang yang amat aku sayangi, ‘Mulutku ikhlas tapi hatiku hancur’.

Memang kehilangan itu tidak membunuhku, tapi sesuatu dalam diriku mati ketika itu.

Lebih mencuri perhatian, Watie dilihat menggunakan patah hati di ruangan kapsyen.

Shuib beri kata semangat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sementara itu, Shuib turut mencuri perhatian apabila memuat naik kata-kata semangat buat Watie.

Dear mommy, insya-Allah, sabar itu ada indahnya.

Love you, mommy.

Komen netizen

Hantaran pasangan suami isteri kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya berteka-teki dengan perkongsian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat Watie dan Shuib.

Malah, ada juga yang membuat andaian bahawa Watie memuat naik perkongsian itu kerana keguguran.

Terdahulu, ramai netizen yang mendakwa Watie sedang hamil apabila tular beberapa foto yang menampakkan dirinya seperti berbadan dua.

Sumber: IG Watie, IG Shuib

The post Watie Hanifiah Kongsi Rasa Hiba, Shuib Beri Kata Semangat – ‘Sabar Itu Indah, Allah Tahu Yang Terbaik’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35238