Kenyataan pempengaruh, DMA Islam yang menyifatkan jurusan Komunikasi Media (Masscomm) sebagai satu pengajian yang bodoh telah menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Terbaharu, seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi fakulti berkenaan tampil bersuara terhadap perkara tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] DMA Islam Bikin Panas, Anggap Masscomm & Teater Sebagai ‘Course’ B*doh – ‘Mereka Nak Enjoy Ja’
DMA tak ada ilmu
@kool101my Setiap jurusan ada tujuan dan peranannya, tapi kenapa masih ada yang pandang rendah? Dalam hidup ni, apa pun kita buat, tetap perlukan ilmu. Kalau tak ada, memang senang sangat nak ketinggalan. Macam Sir Najmi katakan, bila kurang pengetahuan, mulalah pandang rendah dan tak fikir panjang pada bidang orang lain. Jadi,kita kena hargai setiap jurusan yang ada sebab semua ada kepentingan dan peranannya dalam kehidupan ?? #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPoint ? original sound – Kool 101
Ketika dihubungi stesen radio Kool 101, pensyarah yang bernama Encik Nur Najmi Muji mengakui dirinya berasa berang ketika menonton video yang dikongsikan para pelajarnya.
Ujarnya, DMA Islam tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang jurusan Masscomm.
Mestilah marah, geram ja tengok.
Ramai pelajar saya yang share dan tanya feedback daripada saya.
Pertama sekali, sah-sah budak ini (DMA Islam) tak ada ilmu pengetahuan.
Bila dia keluarkan perkataan yang dia sebut itu sebenarnya dia tak tahu apa-apa.
Apa yang pelajar (masscomm) belajar memang banyak (sebenarnya).
Tambah Najmi, dia teringin sekali memberikan tunjuk ajar tentang pengajian komunikasi media kepada DMA Islam.
Saya rasa saya nak bagi dia masuk sekolah (kelas) saya dan nak bagi tahu masscomm itu apa.
Yang dia guna media sosial itu apa? Apa kepentingan kepentingan untuk belajar komunikasi dan sebagainya.
Pak Nil bersetuju
View this post on Instagram
Bersetuju dengan kenyataan Najmi, Pak Nil yang merupakan salah seorang penyampai bagi segmen ‘Pagi On Point’ turut beranggapan DMA Islam sebagai seorang individu yang tidak mempunyai ilmu tentang komunikasi.
Dalam hidup ini kena ada imbangan.
Kalau ada kanan, ada kirinya.
Kalau ada tangan kanan untuk menyepak, ada juga tangan kiri untuk menyepak.
Dan tengoklah cara dia bercakap, dia memang tak belajar komunikasi.
Terdahulu, DMA Islam mencuri perhatian apabila mendakwa jurusan seperti masscomm, teater dan seni tari tradisional sebagai bodoh.
Bukan itu sahaja, DMA Islam turut melabel para pelajar jurusan tersebut sebagai membuang masa kerana hanya mahu berhibur sepanjang pembelajaran.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Label Jurusan Masscomm Sebagai B*doh, Pensyarah UiTM Anggap DMA Islam Tak Ada ‘Knowledge’ first appeared on OHBULAN!.