Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35239

[VIDEO] ‘Struggle Sebab Revolusi Dah Berubah Bukan Terlalu Sangkak’ – Aliff Syukri

$
0
0

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan hidupnya bergelut bukan kerana disebabkan kewangan sebaliknya bergelut menyesuaikan diri dengan perubahan dunia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Suami Bonda Rozita Buka Puasa Bersama Keluarga Aliff Syukri, Netizen Puji Masih Kekal Ukhuwah – ‘Mesti Dia Seorang Ayah & Datuk Tiri Yang Baik’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Enjoy’ Menyanyi Atas Pentas, Netizen Puji Suara Aliff Syukri – ‘Sedap, Dia Pura-Pura Sumbang Rupanya’

Struggle dunia berubah

Menerusi perkongsian di TikTok, suami kepada Datin Seri Shahida menjelaskan sebelum ini dia masih boleh bersenang-lenang kerana mempromosikan produknya menerusi televisyen.

Namun, disebabkan perubahan dunia seperti teknologi berubah, dia perlu berdaya saing dengan generasi baharu.

Bergelut tu bukan maksud saya susah sangat.

Busines saya dah tak macam dulu. Dulu saya goyang kaki, sponsor program televisyen dan saya masih boleh dapat jualan berjuta-juta.

Sekarang ini, revolusi sudah berubah. Saya kena berniaga secara dalam talian secara langsung jadi maksud bergelut tu bukanlah saya kena sampai berhutang.

Maksud bergelut (struggle) itu adalah untuk menyesuaikan diri dengan teknologi baharu.

Saya kena bersaing dengan ramai orang seperti generasi baharu.

Bukan saya terlalu sangkak atau sengkek.

Aliff menjelaskan perkara itu selepas terdapat berita mengenai dia bergelut mencari duit untuk meneruskan kehidupan seharian.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] ‘Struggle Sebab Revolusi Dah Berubah Bukan Terlalu Sangkak’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35239