Pelakon, Hafidz Roshdi menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya seorang bapa yang culas dengan bertanggungjawabnya terhadap dua anak kandungnya yang kini dijaga oleh bekas isterinya, Nurul Shuhada.
Artikel Berkaitan: Ibarat Peluang Kedua, Hafidz Roshdi Syukur Dapat Tawaran Berlakon – ‘Semoga Ini Jadi Titik Tolak Untuk Saya Kembali Aktif’
Artikel Berkaitan: ‘Kau Nak Ambil Apa Sebenarnya?’ – Nurul Shuhada Persoal Motif Hafidz Roshdi Fail Kes Hadanah
Tetap jalankan tanggungjawab
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi, 31, berkata meskipun telah berpisah dengan Shuhada, dia tetap akan menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
Jelasnya, anak-anaknya iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3, tetap darah dagingnya dan akan memastikan memenuhi keperluan mereka.
Anak-anak itu tetap berbinkan saya sebagai bapa mereka.
Anak-anak tetap tanggungjawab saya. Sampai mati pun mereka adalah anak saya.
Tak kisahlah orang nak cakap saya tak pedulikan anak-anak atau apa yang penting, saya dah buat sehabis baik.
Saya yang failkan hadanah, saya yang pergi ke mahkamah dan hadir setiap kali nak perjuangkan hak lawatan untuk jumpa anak-anak.
Bagi saya orang yang bercakap itu harus berfikirlah. Sebab anak-anak itu tanggungjawab saya.
Hafidz berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu selepas perbicaraan kes pukul terhadap Shuhada.
Sementara itu, pelakon filem Bawa Aku Ke Syurga itu menjelaskan kasih sayangnya terhadap anak-anaknya tidak pernah pudar kerana mereka merupakan kurniaan daripada tuhan kepadanya.
Saya tahu diri saya, tak pernah saya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.
Daripada mereka kecil sampai sekarang, saya balik dari kerja di set penggambaran atau apa, saya mesti nak luangkan masa dengan mereka.
Saya cuba lapangkan masa untuk bawa mereka berjalan, pendek kata sejak mereka lahir, saya jalankan tanggungjawab sebagai bapa sehabis baik.
Jadi kalau orang nak kata saya tak bertanggungjawab, tak apalah. Saya sahaja yang tahu diri saya. Saya tahu kedudukan dan pendirian saya.
Pada 30 April, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak lawatan sementara kepada Hafidz di mana dia dibenarkan untuk melawat anak-anaknya sepanjang cuti persekolahan hujung Mei ini.
The post Didakwa Culas Galas Tanggungjawab Sebagai Bapa, Hafidz Roshdi Jawab – ‘Anak-Anak Itu Tetap Berbinkan Saya Sebagai Bapa Mereka’ first appeared on OHBULAN!.