Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35238

Gelagat Anak Kedua Anzalna Nasir Campak Bunga Atas Lantai Bikin Terhibur –‘Yang No.2 Memang Aneh Tapi Lucu’

$
0
0

Pelakon, Anzalna Nasir berkongsi gelagat dua cahaya matanya, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan ketika memberi sejambak bunga kepadanya bersempena Hari Ibu.

Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Sifatkan Anak Lelaki Romantik, Terharu Beri Duit Suruh ‘Shopping’ – ‘Tak Sabar Nak Tunggu Dia Besar‘

Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Tak Pernah Percaya Pembantu Rumah – ‘Walau Terlepas Job Beratus Ribu Pun, Yang Penting Anak-Anak Bawah Jagaan Saya’

Gagal suprise

Menerusi hantaran di TikTok, anak sulung Anzalna iaitu Eidrees dilihat memberikan secara sopan kepada ibunya dan kemudian memberi pelukan erat.

Sementara itu, anak keduanya iaitu Emirhan hanya mencampakkan bunga tersebut ke atas lantai sekali gus membuat Anzalna berasa terhibur.

Perbezaan antara anak pertama dan kedua.

Punyalah lama anak-beranak ini keluar rupanya gubahkan bunga.

Hadiah paling bermakna buat seorang ibu daripada anak-anak tersayang.

Telatah Emirhan yang kini berusia tiga tahun telah mencuit hati ramai wargamaya dengan mengatakan kebanyakan anak nombor dua memang memiliki gelagat yang aneh dan menghiburkan.

Sekadar info, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Haniff Zaki pada 2016 dan mereka dikurniakan dua anak lelaki.

Sumber: TikTok

The post Gelagat Anak Kedua Anzalna Nasir Campak Bunga Atas Lantai Bikin Terhibur – ‘Yang No.2 Memang Aneh Tapi Lucu’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35238