Pelakon, Uqasha Senrose meluahkan rasa sebak selepas melihat anaknya, Hawra Uqaira sudah mula menunjukkan perkembangan apabila berani berdiri untuk berjalan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nafikan 100%, Demi Allah Tak Pernah Jejakkan Kaki Ke Mahkamah Syariah’ – Uqasha Senrose
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Nafi Rumah Tangga Goyah – ‘Selagi Tak Sampai Tahap Ke Mahkamah, Jadi Ia Adalah Perkara Biasa’
Uqaira berdiri
Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, memuat naik video memaparkan Uqaira memula langkah untuk berdiri tanpa bantuan orang lain.
Menurut isteri kepada pelakon Kamal Adli itu, Uqaira sebelum ini tidak menunjukkan sebarang tanda bersedia untuk berjalan.
Dulu dia selalu takut nak berdiri.
Malam ni (semalam), tiba-tiba dia teruja nak tunjuk dia berani nak berdiri.
Sebak. Gigi dah penuh, berjalan je dia takut-takut lagi.
Tidak mengapa, perlahan-lahan okay.
Uqasha yang terharu melihat proses anaknya membesar mengakui perkara itu membuatkannya gembira bersama suaminya.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan keterujaan melihat anak pasangan itu membesar dengan baik.
Peminat turut tumpang gembira melihat Uqaira yang sudah mula berani mahu berjalan.
Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada November 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Uqaira.
Sebelum ini, pelakon drama Umar itu mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Anak Sudah Berani Berdiri – ‘Dulu Dia Selalu Takut’ first appeared on OHBULAN!.