Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35707

Konti Radio Kool 101 Jadi Hab Rasmi Ejen Ali The Movie 2

$
0
0

Konti radio stesen Kool 101 di Media Prima dijadikan sebagai hab rasmi (home of Ejen Ali) bagi mempromosikan filem Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) menerusi kempen kempen Kool 101 x Ejen Ali Studio Takeover.

Artikel Berkaitan: Ejen Ali The Movie 2 Kembali Dengan Misi Yang Lebih Besar, Tiga Runut Bunyi Jadi Pelengkap Filem Animasi 3D

Artikel Berkaitan: Ejen Ali The Movie 2 Kembali! Kolaborasi Muzik Ikonik Dari M. Nasir, Nidji & Hael Husaini Bangkitkan Semangat Penonton

Hab rasmi

Ketika ditemui OhBulan!, pengarahnya, Usamah Zaid Yasin mengakui teruja apabila promosi itu menembusi pendengar radio.

Usamah turut berharap promosi itu dapat membantu menarik perhatian pendengar untuk menonton filem yang akan ditayangkan mulai hari ini.

Pada saya ia satu perkara yang menarik sebab bila masuk radio, tahap tenaga penyampaian sentisa tinggi.

Saya rasa ia sangat menggalakkan dan berharap tahap keterujaan itu sampai kepada pendengar.

Kebanyakan medium promosi kami lebih kepada dalam talian dan televisyen.

Jadi, radio memberi dinamik kerana tidak selalu filem ini dapat menembusi radio.

Dengan adanya lagu-lagu yang dimainkan, saya harap promosi di radio boleh capai golongan penonton yang tidak selalu kita capai.

Saya harap ia sedikit sebanyak membantu menggalakkan penonton menonton filem ini.

Pada Rabu, promosi EATM2 diteruskan dengan melawat studio radio Kool101 dan turut hadir bersama Usamah adalah penyanyi runut bunyi, Datuk M. Nasir serta pelakon suara latar.

Transformasi penuh

Studio tersebut telah menjalani transformasi penuh dengan visual, warna dan suasana bertemakan EATM2.

Tidak hanya itu, paparan skrin LED dan latar digital direka semula sebagai lambang sinergi kreatif antara Kool 101 dan EATM2 mencerminkan semangat filem.

Usaha ini turut mengukuhkan peranan Kool 101 dalam menyatukan generasi melalui kandungan berunsur kekeluargaan dan budaya yang dikongsi bersama, sekaligus mencerminkan komitmen berterusan Kool 101 dalam menyokong industri kreatif tempatan.

Kempen itu juga untuk menyokong filem tempatan dan mengetengahkan individu-individu berbakat di sebalik francais animasi kegemaran negara.

The post Konti Radio Kool 101 Jadi Hab Rasmi Ejen Ali The Movie 2 first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35707

Trending Articles