Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35659

[VIDEO] Aiman Tak Kesah Teman Siti Jamumall Ke Klinik – ‘Tanggungjawab Tetap Tanggungjawab’

$
0
0

Meskipun berdepan dengan konflik rumah tangga, namun pempengaruh Aiman Tak Kesah masih mengambil berat terhadap isterinya, Siti Jamumall.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Teman Siti Jamumall Pergi Klinik, Netizen Nampak Kelibat Aiman – ‘Banyak Sangat Drama Sampai Tak Tahu Realiti’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Sedih Siti Jamumall Diceraikan Lagi – ‘Macam-Macam Jadi Dalam Rumah Tangga Mereka, Gaduh Kasar Pun Pernah’

Aiman bertanggungjawab

@aimantakkesahhh2

Sorry guys . Aku tak reti record .. Tapi aku ada kat Klinik . Tanggungjawab is Tanggungjawab .

? [Chill out] Relaxing / Cafe / LoFi(976581) – Chill Soul Labo

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Aiman atau nama sebenarnya Khairul Aiman Abdul Kudus, sedang berada di sebuah klinik bersama Siti Jamumall.

Menurut Aiman, kehadiarannya di klinik tersebut adalah sebagai tanggungjawab terhadap isteri dan bayi yang sedang dikandung.

Minta maaf semua, aku tak reti rekod tapi aku ada kat klinik. Tanggungjawab tetap tanggungjawab.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Aiman yang tidak melepaskan tangan sebagai seorang bapa dan mereka turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Terdahulu, berlaku pertelingkahan antara Siti dan Aiman sehingga membawa kepada lafaz talak ketika sesi siaran langsung di TikTok.

Sebelum ini, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahidin mengakui berlakunya perceraian kali pertama antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.

Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.

Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.

Sumber: TikTok Aiman Tak Kesah

The post [VIDEO] Aiman Tak Kesah Teman Siti Jamumall Ke Klinik – ‘Tanggungjawab Tetap Tanggungjawab’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35659

Trending Articles