
Pelakon, Pablo Amirul tidak menganggap kelemahan kekasihnya iaitu Dr. Hana Rose yang tidak pandai masak sebagai satu kekurangan.
Artikel Berkaitan: Pablo Amirul Bercinta Dengan Dr Estetik Sabah – ‘Ya Allah Terima Kasih Untuk Bidadari Syurga Ini’
Pablo tetap sayang
Sebaliknya, pemilik nama Amirul Hisyam Mohd Sakri ini memaklumkan bahawa dia sedia untuk membantu bakal isterinya itu melakukan kerja-kerja rumah.
Tak mengapa kalau awak tak pandai masak dan tak pandai buat kerja rumah sebab saya akan tolong buat, tak ada masalah.
Saya tetap cintakan awak dan apa-apa saja untuk kekasih saya. Fokus saja pada karier awak.
Yang lain saya akan uruskan. Jadi, jangan fikir banyak dah, biar Allah yang tentukan rezeki kita.”
Masakkan ayam masak kicap

Menerusi perkongsian sama yang dimuat naik di TikTok itu, pelakon filem ‘Polis Evo’ ini turut berkongsi momen dirinya memenuhi permintaan Dr. Hana yang teringin untuk merasa air tangan Pablo.
Katanya nak rasa air tangan Pablo, jadi dia minta masakkan ayam masak kicap.
Hasilnya, dia minta masak lagi lain kali.
Dr Hana kata dia teringin nak rasa masakan air tangan saya. Jadi dia minta saya masakan ayam masak kicap.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji gaya pemikiran Pablo.
Mereka juga menganggap perbuatan pelakon berusia 40 tahun itu sebagai romantis dan mendoakan hubungan mereka berkekalan.
Terdahulu, Pablo mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa foto manis bersama Dr. Hana di Instagram (IG).
Menurutnya, dia sangat gembira mengenali pakar estetik itu dan menyifatkannya sebagai seorang bidadari.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Pablo Amirul Tetap Sayang Dr Hana Rose, Tak Pandai Masak Bukan Satu Masalah – ‘Saya Boleh Tolong Buat’ first appeared on OHBULAN!.