
Reaksi pelakon terkenal Fattah Amin meraih perhatian apabila disakat ibunya, Azizah Abdul Ghani semasa bersiaran langsung di aplikasi TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Hormat Keluarga Amira Othman, Enggan Kongsi Kisah Cinta Secara Terbuka – ‘Cinta Itu Wujud’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pengurus Dedah Fattah Amin, Amira Othman Terima Banyak Mesej Negatif – ‘Kalau Duduk Rumah, Dihina Tiada Duit’
Abang Long cuak
Menerusi potongan klip siaran langsung yang dimuat naik di TikTok, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin dilihat bersama ibu tercinta sedang sibuk mempromosikan tudung keluarannya.
Pada perkongsian itu, Fattah bertanya kepada ibunya tentang gaya tudung yang dipakai.
Gaya tudung macam ini boleh pergi majlis anak graduasi.
Boleh juga pergi rumah besan. Ibu ada besan di Johor.
Apa yang meraih perhatian apabila reaksi Fattah yang dilihat cemas dengan jawapan ibunya.
Ibu menyakat




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pelakon berusia 34 tahun itu yang tidak dapat mengawal ekspresi mukanya. Selain itu, warganet turut menganggap ibu Fattah memberi petunjuk halus mengenai hubungan bersama penyanyi Amira Othman.
Sumber: TikTok @fattahamiraa
The post [VIDEO] Reaksi Fattah Amin Raih Perhatian, Ibu Spontan Cakap Besan Di Johor – ‘Jangan Aneh-Aneh’ first appeared on OHBULAN!.