Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36301

Individu Kongsi Pengalaman Jumpa Eja, Tak Sangka Rupanya Seorang Artis – ‘Dia Sangat Baik, Tak Sombong’

$
0
0

Nama pelakon, Eja kembali menjadi sebutan selepas salah seorang individu warganegara Korea Selatan berkongsi pengalaman manis ketika bertembung dengan aktres tersebut pada tahun 2013.

Artikel Berkaitan: Eja Pernah Rasa Bersalah Tinggalkan Dunia Lakonan Ketika Nama Di Puncak-‘Waktu Itu Masih Diperlukan’

Artikel Berkaitan: ‘Bila Rindu Berlakon, Saya Akan Pegang Trofi’ – Eja

Jumpa Eja

Mengimbas kembali, Daniel berkata walaupun mereka baru berjumpa namun pemilik nama Siti Shahrizah Saifuddin, 53, sangat ramah melayani karenahnya.

Saya mula kenal Malaysia sejak tahun 2013.

Ketika saya balik ke Korea dari Australia (pernah duduk di sana setahun), saya transit di KLIA.

Seorang perempuan muslim dari Malaysia duduk di samping saya.

Saya bantu angkat bagasi dia dan banyak berbual dengan dia.

Dia baik sangat sebab nak berborak banyak dengan orang yang baru kenal. 

Kata Daniel, Eja mempunyai personaliti yang baik seperti tidak menyombong diri meskipun memegang gelaran selebriti tanah air pada ketika itu.

Hubungan bertambah baik apabila mereka membuat keputusan untuk mengikuti sesama sendiri di media sosial.

Kemudian, kami saling mengikuti Instagram masing-masing dan ternyata dia seorang selebriti Malaysia, Eja.

Selepas itu, kami sempat berjumpa lagi di Kuala Lumpur di lain waktu.

Netizen kongsi pengalaman

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang mengenali aktres itu memperakui Eja memiliki perwatakan yang baik selain rupa paras yang menawan.

Sesetengah mereka turut berkongsi pengalaman pernah bertembung dengan aktres itu.

Sumber: Threads

The post Individu Kongsi Pengalaman Jumpa Eja, Tak Sangka Rupanya Seorang Artis – ‘Dia Sangat Baik, Tak Sombong’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36301

Latest Images

Trending Articles