Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35747

Netizen Geli Hati, Tok Ram Masuk ‘Live’ Alyah Jual Tudung

$
0
0

Gelagat maestro muzik, Datuk Ramli MS ketika sesi siaran langsung di media sosial baru-baru ini telah mencuri perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tok Ram Ramah Layan Peminat Nak Bergambar, Netizen Puji Sikap ‘Sporting’ – ‘Dulu Nak Tegur Pun Takut’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat Ramli MS Berborak Dengan Anak Curi Perhatian Netizen – ‘Sisi Lain Tok Ram, Peramah Dengan Baby’

Gayakan tudung

Menerusi hantaran semula di TikTok, kelihatan penyanyi dan juga isteri Ramli iaitu Datin Alyah sedang mempromosikan tudung.

Paling menarik perhatian warganet adalah apabila Ramli turut memberi pendapat tentang warna dan corak tudung yang dijual.

Macam orang Turkiye. Pemakaian dia akan nampak mahal. 

Macam Firaun…tudung okay, tapi warna tu.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat cara Ramli mempromosikan tudung-tudung tersebut.

Dalam pada itu, warganet juga yakin Ramli adalah seorang yang penyayang meskipun personalitinya kelihatan agak kasar.

Tok Ram ulas pasal warna tudung tu macam tengah menjuri peserta Gegar Vaganza.

Garang Tok Ram, tapi sayang.

Tengok cara pandang Alyah pun tau dia sayang.

Layan live ni sampai pukul 1 pagi, lawak sangat Tok Ram.

Tok Ram kalau jual ni mesti laku punya.

Sumber: TikTok

The post Netizen Geli Hati, Tok Ram Masuk ‘Live’ Alyah Jual Tudung first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35747