Setiap tahun bila Parents’ Day tiba, mesti ramai yang blur nak bagi apa dekat mak ayah, kan? Nak bagi bunga… biasa sangat.
Nak bagi kad… macam tak cukup. Tapi ada satu cara yang bukan je praktikal, tapi betul-betul tunjuk korang ambil berat iaitu hadiahkan mereka produk kesihatan dan kecantikan yang boleh jaga mereka dari dalam ke luar!
Dan bila cerita pasal semua benda best ni, satu tempat je yang confirm lengkap. Tadaa! Watsons lah! Sekarang ni tengah berlangsung promo Parents’ Day besar-besaran dengan diskaun hingga 50%!
Haa… belum beli hadiah? Nah, kami share pilihan paling thoughtful kat bawah ni:
Tapi sebelum tu, tengok dulu video kempen Watsons ni, confirm rasa tersentuh!
Video ni bukan je menyentuh emosi, tapi juga mengingatkan kita bahawa kasih sayang tu boleh dizahirkan dengan pelbagai cara dan kadang-kadang satu produk yang menjaga kesihatan atau mencantikkan penampilan mak ayah pun cukup untuk buat mereka rasa dihargai.
Penjagaan kesihatan & kecantikan mak ayah, semua di Watsons! Siap ada diskaun sehingga 50%!

Kalau nak cari hadiah yang bukan saja praktikal tapi juga penuh makna, inilah masanya untuk korang dapatkan produk kesihatan dan kecantikan yang boleh buat mereka rasa lebih sihat, yakin dan gembira.
Nak tahu apa yang paling sesuai untuk mak ayah? Jom tengok senarai produk pilihan ni, bukan sekadar hadiah, tapi tanda kasih sayang yang betul-betul jaga kesihatan dan kesejahteraan mereka.
Tak ada idea nak bagi hadiah? Ni pilihan yang bukan je bermakna, tapi buat mak ayah tersenyum!
Kadang-kadang bila nak bagi hadiah untuk mak ayah, kita blur terus. Tapi jangan risau, Watsons ada je pilihan yang memang bermakna, bukan sekadar cantik kat luar tapi jaga dari dalam juga.

Kalau mak ayah korang jenis skip sarapan atau makan tak menentu, boleh hadiahkan NH Nutri Grains Plus with Purple Sweet Potato. Minuman ni ada 20 jenis bijirin dan keledek ungu yang tinggi antioksidan serta bagus untuk jantung dan bantu kekal bertenaga. Untuk tambah penjagaan kesihatan, korang boleh bagi Watsons Brand Omega 3 Fish Oil yang bantu jaga otak, jantung dan kurangkan kolesterol secara semula jadi.
Kalau mak ayah selalu lenguh atau cepat letih, mungkin badan mereka kurang magnesium. Boleh cuba LAC Magnesium yang bantu kuatkan tulang, gigi dan otot jantung. Sesuai sangat untuk kekalkan stamina dan elak rasa lesu. Tak cukup dengan kesihatan dalaman je, kulit pun kena jaga. NIVEA Luminous630 bantu hilangkan bintik hitam dalam masa 4 minggu je dan sesuai untuk kulit matang.
Dan kalau nak mak rasa lagi yakin dan berseri masa keluar rumah, KATE Lip Monster ni memang pilihan tepat. Lipstik ni tahan lama, warna vivid dan tak buat bibir kering, satu sapuan pun dah cukup buat dia senyum sampai ke telinga!
Bukan tu saja, bila dah jaga makan & kesihatan, tabiat harian pun sama penting untuk kesejahteraan mak ayah!

Semua orang tahu, merokok bukan saja bahayakan diri sendiri, tapi juga orang tersayang dalam keluarga. Lagi-lagi kalau ada anak kecil, kesan asap rokok tu boleh jadi lebih serius dari yang kita sangka.
Bila mak ayah merokok, kadang mereka tak sedar tabiat tu boleh bagi pengaruh tak langsung pada anak-anak, sama ada melalui asap rokok pasif, atau bila merokok tu dah nampak macam “biasa” dalam rumah.
Tapi sayang tu bukan sekadar bagi suplemen atau produk kesihatan je. Kadang, tunjuk kita ambil berat pasal gaya hidup mereka pun dah cukup bermakna. Dan antara langkah paling besar? Ajak mereka berhenti merokok perlahan-lahan, dengan sokongan yang betul.
Nak bantu mereka berhenti merokok? Guna NICORETTE ni, memang function betul!

NICORETTE bukan ubat sembarangan. Ia adalah kaedah Nicotine Replacement Therapy (NRT) yang terbukti secara perubatan membantu badan ‘wean off’ dari nikotin secara terkawal, tanpa tar dan toksin berbahaya dalam rokok.
Dengan NICORETTE, mak ayah boleh lawan craving, kawal tekanan emosi dan akhirnya berhenti merokok dengan lebih selamat & berkesan. Antara pilihan yang korang boleh pertimbangkan:
1. Nicorette Patch – Perlahan Tapi Konsisten

Kalau mak ayah jenis yang suka pendekatan steady, patch ni memang sesuai. Ia melepaskan nikotin secara perlahan selama 16 jam, bantu kurangkan withdrawal dan craving sepanjang hari. Tampal dan teruskan hari macam biasa!
2. Nicorette Gum – Untuk Craving Tiba-Tiba

Tiba-tiba rasa nak merokok lepas makan atau masa stress? Gum ni bertindak pantas, dalam beberapa minit je craving boleh reda. Mudah, cepat, dan senang nak bawa ke mana-mana.
3. Nicorette QuickMist – Spray Je Bila Perlu

Kalau nak sesuatu yang lagi on-the-go, QuickMist ni pilihan terbaik. Hanya satu semburan je, dan dalam 60 saat craving dah lega. Saiz dia kecil je, boleh masuk poket atau handbag. Sesuai untuk mak ayah yang aktif.
Bantu mereka ubah tabiat, bina rumah lebih sihat!
Kita tak boleh paksa, tapi kita boleh bantu perlahan-lahan. Nak hadiah yang betul-betul tunjuk kasih sayang masa Parents’ Day ni? Inilah masanya.
Sokong mereka untuk berhenti merokok dan mulakan hidup baru yang lebih sihat, bukan untuk mereka saja, tapi untuk seluruh keluarga.
Jangan tunggu lama-lama! Jom dapatkan hadiah paling bermakna untuk ibu dan ayah!
Parents’ Day adalah masa terbaik untuk kita tunjuk cinta dengan cara yang paling praktikal dan bermakna.
Jadi, korang tunggu apa lagi tu? Dapatkan semua produk ini dan banyak lagi dengan diskaun sehingga 50% di Watsons!
The post Mak Ayah Banyak Berkorban, Takkan Nak Ucap ‘Terima Kasih’ Dengan Kad Je? Ini Hadiah Paling Bermakna! first appeared on OHBULAN!.