Hubungan isteri kepada usahawan popular View Chin iaitu Amirah Aqilah bersama anak-anak tiri dilihat erat semasa sibuk berniaga di siaran langsung TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amirah & View Chin Mesra Berbuka Puasa Di Rumah Ibu, Netizen Mohon Hentikan Kecaman – ‘Harap Terjawablah Status Mereka’
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sesekali Maki Family Mira, Orang Dah Tiada Pun Disebut-Sebut’
Jaga perasaan ibu kandung

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Amira dilihat sedang mempromosikan beg solek yang dijual sekali gus melayan kerenah anak tirinya.
Pada perkongsian itu, Amira menyapu minyak pada kaki anak tirinya yang difahamkan akibat gatal.
Kemesraan Amira bersama anak-anak View Chin meraih perhatian selepas memilih menggunakan panggilan ‘aunty’ untuk dirinya.
Walaupun dah jadi mak tiri, dia (Amira) biasakan panggil dirinya sebagai Aunty.
Bagus lah, jaga hati mak kandung.
Imbas kembali, View Chin pernah menjadi bualan hangat di media sosial selepas didakwa menjalinkan hubungan dengan pekerjanya sendiri.
Walau bagaimanapun, Amira meleraikan spekulasi itu dengan menyatakan bahawa hubungannya dengan usahawan itu hanya terjalin setelah dia sah bercerai dengan bekas isteri, Sharmine.
Sumber: Threads @eyraaa43
The post Amirah Dipuji Hormat Shermine, Guna Panggilan ‘Aunty’ Dengan Anak-Anak Tiri first appeared on OHBULAN!.