Pempengaruh media sosial, Mek Yun meluahkan rasa gembira buat abangnya, Abe Wee yang melangsungkan perkahwinan hujung minggu lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mek Yun Cuba Puasa Penuh Dengan Keluarga, Netizen Doa Dapat Hidayah – ‘Tahniah, Semoga Allah Beri Hidayah’
Abe Wee kahwin
Dalam masa yang sama, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee turut meluahkan rasa sebak kerana terpaksa ‘melepaskan’ Abe Wee yang merupakan individu paling rapat dengannya sejak kecil.
Menerusi Instagram (IG), Mek Yun memaklumkan bahawa Abe Wee merupakan individu yang sentiasa bersama dengannya walau apa jua keadaan sehinggalah menginjak ke zaman dewasa.
Abe Wee, hari ini hati Mek Yun penuh dengan macam-macam rasa.
Gembira sebab Abe Wee dan jumpa cinta hidup Abe Wee. Sebak juga sebab selepas ini Abe Wee bukan milik kami seorang lagi.
Dari kecik, Abe Wee lah dunia Mekyun. Kalau terjatuh, Abe Wee yang datang angkat. Kalau takut, Abe Wee yang peluk kuat-kuat. Kalau nangis, Abe Wee yang tenangkan.
Tak pernah satu hari pun Mekyun rasa seorang sebab Abe Wee selalu ada.
Dalam pada itu, Mek Yun meluahkan rasa syukur kerana abangnya telah menemui cinta hati yang begitu baik dan penyayang.
Mek Yun turut mendoakan agar perkahwinannya Abe Wee berkekalan hingga ke akhir hayat.
Abe Wee kahwin dengan orang yang baik, yang lembut, yang penyayang.
Mek Yun tahu dia akan jaga Abe Wee sebaik-baiknya. Dan itu lah satu-satunya sebab Mek Yun mampu lepaskan dengan senyuman.
Mek Yun doakan Abe Wee dan isteri akan kekal bahagia selama-lamanya.
Terima kasih Abe Wee untuk semua tahun yang Abe Wee dah bagi pada Mek Yun.
Perkongsian Mek Yun itu kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang turut sebak membaca luahan menyayat hati itu.
Mereka juga menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan perkahwinan Abe Wee.
Komen netizen

Sumber: IG Mek Yun
The post Mek Yun Gembira, Sebak ‘Lepaskan’ Abe Wee first appeared on OHBULAN!.