Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35582

‘Sakit Sebab Dalam Akaun Bank Ada RM500’– Muntazar Ghufran

$
0
0

Pelakon Muntazar Ghufran memberi respon terhadap kenyataan aktres yang juga bekas tunang, Saidah Kamarudin mengenai sumber kewangannya yang didakwa tidak kukuh.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Jadi Kuli Awak, Mana Duit Tak Habis?’ – Bella Dowanna Bidas Saidah Kamarudin

Artikel Berkaitan: Saidah Kamarudin Dakwa Ex Tunang ‘Hack’ TikTok – ‘Jangan Cabar Saya’

Respon Muntazar

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Muntazar atau nama lengkapnya Muhammad Muntazar Ghufran memberikan reaksi terhadap dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, pelakon berusia 22 tahun itu tidak mengulas tentang isu berkenaan malah hanya ‘miming’ sebuah lagu yang berjudul Tertawan Hati nyanyian asal Awdella.

Sakit sebab dalam akaun bank ada RM500.

Saya sentiasa tenang.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet antaranya, mereka berpendapat Saidah tidak sepatutnya memperlekehkan Muntazar meskipun dia tidak mampu dari segi kewangan.

Selain itu, warganet juga berkata, hikmah daripada isu tersebut mereka berdua dapat mengetahui keikhlasan hati masing-masing.

Terdahulu, Saidah meluahkan rasa berang terhadap tindakan Muntazar yang didakwa telah menggodam akaun TikTok miliknya.

Saidah kemudiannya mencuri perhatian apabila mendakwa perkahwinannya dengan Muntazar terbatal kerana pelakon itu hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.

Imbas kembali, Saidah pernah mengikat tali pertunangan dengan Muntazar pada Mei tahun lalu.

Namun, ikatan pertunangan tersebut terlerai apabila Muntazar mengesahkan mereka sudah putus tunang pada Oktober tahun sama.

Sumber: TikTok Muntazar Ghufran

The post ‘Sakit Sebab Dalam Akaun Bank Ada RM500’ – Muntazar Ghufran first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35582

Trending Articles