Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35604

Wanita Kurang Senang Penyampai Radio Tak Beradab Borak Isu Anak

$
0
0

Gambar Sekadar Hiasan

Seorang wanita meluahkan rasa kurang senang terhadap deejay stesen radio swasta yang dianggap memperlekehkan individu yang sedang mencuba untuk hamil (TTC).

Artikel Berkaitan: Wanita Mengaku Sanggup Gugurkan Anak Kerana Tidak Mampu – ‘Suami Pernah Cakap Kalau Sampai Anak Keenam Dia Tak Nak’

Artikel Berkaitan: Jaja Kisah Keguguran, Netizen Kesal ‘Founder’ Gunakan Shuhada Untuk ‘Marketing’

Perbualan di radio

Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut menganggap deejay itu tidak beradab walaupun respons yang diberikan agak spontan.

Katanya, deeja tersebut perlu menjaga cara percakapan kerana individu tersebut telah berusaha namun masih belum ada rezeki untuk dikurniakan zuriat.

Terdengar perbualan di radio. Topik berkaitan perkara yang sudah nekad pada tahun ini.

Deejay lagi satu ni dia cakap dia nekad nak ada baby tahun ini sebelum umur dia 32 tahun.

Kemudian, deejay kedua ni komen cakap, ‘dah 32 tapi kau belum ada anak lagi?’.

Walaupun soalan itu maybe spontan tetapi agak tidak betul untuk ditanya pada orang yang tengah TTC dan nak baby.

Bukannya dia tidak mahu dan tidak usaha untuk ada anak tetapi belum ada rezeki lagi.

Doakan semoga semua yang tengah TTC, semoga direzekikan dengan zuriat penyejuk hati. insya-Allah.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian daripada warganet yang rata-ratanya bersetuju deejay itu tidak mempunyai sensitiviti terhadap sesetengah topik yang dibincangkan.

Sumber: Threads

The post Wanita Kurang Senang Penyampai Radio Tak Beradab Borak Isu Anak first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35604

Trending Articles