Aktor, Firdaus Ghufran tampil bersuara mengenai isu melibatkan adiknya, Muntazar Ghufran dan bekas tunang yang juga merupakan pelakon, Saidah Kamarudin.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Jadi Kuli Awak, Mana Duit Tak Habis?’ – Bella Dowanna Bidas Saidah Kamarudin
Firdaus bersuara!
Menerusi Instagram Story (IGs), Firdaus memberi amaran kepada Saidah untuk tidak mengganggu atau mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan adiknya.
Firdaus juga memberi gambaran untuk tidak teragak-agak mengeluarkan kenyataan bagi menjernihkan semula nama baik adiknya.
Saidah Kamarudin, kau tunggu kenyataan daripada aku pula.
Jangan kacau adik aku, perempuan mur*h.
Terdahulu, Saidah meluahkan rasa berang terhadap tindakan Muntazah yang didakwa telah menggodam akaun TikTok Miliknya.
Saidah kemudiannya mencuri perhatian apabila mendakwa perkahwinannya dengan Muntazar terbatal kerana pelakon itu hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.
Kontroversi itu menjadi semakin panas apabila aktres, Bella Dowanna membidas kenyataan itu sambil mendakwa rakannya iaitu Muntazar tidak berkemampuan selepas membelanjakan hampir kesemua wangnya sepanjang menjalinkan hubungan dengan Saidah.
Imbas kembali, Saidah pernah mengikat tali pertunangan dengan aktor, Muntazar Ghufran pada Mei tahun lalu.
Namun, ikatan pertunangan tersebut terlerai apabila Muntazar mengesahkan mereka sudah putus tunang pada Oktober tahun sama.
Posting Firdaus & Bella Dowanna

Sumber: IGs Firdaus Ghufran & Bella Dowanna
The post ‘Jangan Kacau Adik Aku, Perempuan Mur*h’ – Firdaus Ghufran first appeared on OHBULAN!.