Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35675

‘Balas Balik’ Persis Filem Penyiasatan Hollywood

$
0
0

Lebih dikenali sebagai pengarah drama, Feroz Kader mencabar diri keluar dari zon selesa dengan mengarahkan sebuah naskhah terbaharu untuk ditayangkan di layar perak menerusi filem Balas Balik.

Artikel Berkaitan: Shukri Yahaya Takut Ketinggian – ‘Naik Roller Coaster Saya Rasa Gayat’

Artikel Berkaitan: Isyariana Lakukan Adegan Mangsa Rog*l Sebelum Berhijab

Penuh suspens & dramatik

Menurut Feroz, Balas Balik sebuah karya yang penuh warna, memberi rasa seronok, resah, marah serta menginsafkan untuk dibawa pulang oleh penonton.

Jelas Feroz, kekuatan filem terbitan Shaibha Vision itu terletak pada skripnya.

Bila filem genre begini, story line (cerita) sangat penting. Kami fokus dalam penghasilan skrip. Tiga bulan juga saya ambil masa, berbincang dan tulis. 

Penerbit mahukan kelainan dan saya pun suka. Dari awal, Balas Balik memang asalnya filem bukan drama.

Filem Balas Balik menampilkan barisan pelakon Shukri Yahaya, Tony Eusoff, Isyariana, Marisa Yasmin, Adam Lee dan Zarul Husin serta ramai lagi.

Tambah Feroz, naskhah ini tampil dengan genre penyiasatan jenayah, membawa bersama nilai suspens dan dramatik sebagai taruhannya.

Penonton boleh hubung kait konsep sebegini dengan filem-filem penyiasatan Hollywood. Kami kena pastikan setiap babak ada motif supaya penonton kekal dalam momentum sehingga bertemu jawapan di hujung cerita.

Nak kekalkan adrenalin, rasa ingin tahu sepanjang cerita dan babak-babak itu sangat penting. The hidden point perlu kemas. 

Kalau cerita hantu kena ada jumpscare, filem ini terletak kepada nilai suspens. Itu yang jadi hook (kata kunci) yang pegang, gam perhatian penonton sampai habis. Penonton kena seronok.

Balas Balik kini sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 29 Mei lalu.

The post ‘Balas Balik’ Persis Filem Penyiasatan Hollywood first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35675

Trending Articles