Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35647

‘Ramai Tak Tahu, Saya Koma Lima Hari’– Roy Azman

$
0
0

Pelakon Roy Azman memaklumkan, sebelum ini dia pernah mengalami koma akibat kemalangan yang teruk.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kereta Rentung Terbakar, Roy Azman Syukur Sempat Lari Keluar Bersama Isteri & Anak – ‘Masa Drive Ada Orang Hon Bagitau’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Roy Azman Kantoikan Awie Makan Durian Guna Sudu – ‘Jangan Cerita Dengan Orang Oi’

Pernah koma

Menerusi podcast ES Bikes, Roy atau nama sebenarnya Zairosminan Abdul Rahman berkongsi bahawa dia pernah terlibat dengan kemalangan motosikal sehingga menyebabkan dirinya koma selama lima hari.

Sudah lama saya ‘bermain’ dengan motosikal, dari motosikal yang kecil hinggalah yang besar.

Saya pernah kemalangan sebab kena langgar daripada belakang, kemudian saya koma selama lima hari. Ramai yang tidak tahu.

Hari kedua, mata saya sudah terbuka namun masih koma. Ibu saya ada di sebelah pun saya tak kenal.

Kesan kemalangan

Menurut aktor berusia 55 tahun itu, setelah sedar dia mula bertanya tentang insiden tersebut kepada ibunya.

Walau bagaimanapun, Roy berkata, kesan daripada kemalangan itu, ternyata sedikit sebanyak telah menjejaskan ingatannya.

Hari kelima saya sedar dan saya bertanya kepada ibu saya, mengapa saya ada di hospital.

Sebelum itu saya tak kenal sesiapa, yang saya tahu saya hanya minta milo ais sebab saya kemalangan selepas minum air itu.

Selepas saya sedar, ada benda yang saya ingat, ada benda yang tak ingat.

Sumber: ES Bikes Empire Podcast

The post ‘Ramai Tak Tahu, Saya Koma Lima Hari’ – Roy Azman first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35647

Trending Articles