Aktres, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi sudah mula menjinakkan diri dalam bidang lain seperti pembikinan filem untuk bergelar produser.
Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Nasihat Janna Nick Jangan Berhenti Berusaha Dapatkan Zuriat – ‘Saya Umur 41 Tahun Melahirkan Anak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarimah Ibrahim & Zamarul Hisham Makan Telur Setiap Hari Untuk ‘Maintain’ Sihat – ‘Dia Ni Hari Ke Hari Makin Muda’
Jadi produser

Ketika ditemui OhBulan!, Sarimah berkata sekarang merupakan waktu yang sesuai untuknya melangkah setapak lagi dalam kerjaya untuk mengembangkan syarikat produksi miliknya, Sarimah Sdn Bhd.
Alhamdulillah, saya sudah bergelar produser dan baru sahaja mendapat lesen dari pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), baru-baru ini.
Sebagai artis kita tidak boleh berlakon sahaja kerana kita juga perlu buat dua kerja dalam satu masa.
Sarimah berkata demikian pada malam tayangan perdana filem Mencari Ramlee yang berlangsung di pawagam GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
Dah lama pasang hasrat

Mengulas lebih lanjut, Sarimah berkata dia sudah lama memasang hasrat untuk menjadi pembikin filem sejak 10 tahun lalu.
Bila saya kembali berlakon pada tahun lalu, secara kebetulan, saya bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Zahrin Aris yang melakonkan watak peguam Qaidah dalam drama bersiri Lelaki Itu.
Zahrin juga bertanya kenapa saya tidak sertai PFM dan menjadi produser kerana saya sudah lama dalam industri dan kenal rakan dalam industri seperti penulis dan pengarah serta ada latar belakang dalam industri juga.
Selain itu, saya juga mendalami bidang lakonan di luar negara dan tahu mengenai kerja pembikinan filem ini.
The post Sarimah Ibrahim Kini Bergelar Produser – ‘Sebagai Artis Tak Boleh Berlakon Sahaja’ first appeared on OHBULAN!.