Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35675

‘Tya Nampak Rambut Tak Disengajakan’– Asyraf Khalid

$
0
0

Suami kepada Tya Arifin, Asyraf Khalid mengakui isterinya terlepas pandang berhubung beberapa foto menampakkan rambut yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini sehingga mengundang kecaman netizen.

Artikel Berkaitan: Tya Arifin Ditegur Pakai Tudung Nampak Rambut, Netizen Luah Rasa Kecewa – ‘Semoga Istiqamah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tya Arifin Dedah Asyraf Khalid ‘First Time’ Isi Angin Tayar Kereta – ‘Ada Yang Macam Ini Tak?’

Ambil iktibar

Menurut Asyraf, isterinya mengambil iktibar berhubung isu tersebut dan menerima segala teguran dengan hati terbuka.

Perkara itu (nampak rambut) adalah tidak disengajakan, mungkin Tya tidak betul-betul bersiap ketika itu sehingga ternampak sedikit rambutnya.

Tya masih muda dan ini merupakan salah satu proses dalam kehidupan untuk dia terus belajar.

Saya sebagai suami terus memberi semangat kepadanya. Sama-sama kita doakan Tya menjadi lebih baik selepas ini.

Asyraf demikian ketika ditemui di Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.

Percaya ada hikmah atas setiap dugaan, Asyraf sentiasa menasihati Tya supaya kuat dan terus memperbaiki diri ke arah kebaikan.

Kecaman perkara biasa untuk kami, saya nasihatkan dia supaya sabar dan percaya setiap dugaan yang Allah bagi pasti ada hikmah. Saya dan dia sentiasa berusaha serta perbaiki diri kami.

Dalam pada itu, Asyraf percaya Tya sudah melakukan yang terbaik sebagai isteri dan ibu, namun mengakui manusia tidak lari daripada berbuat silap.

Sebagai manusia kita semua tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, saya doakan yang terbaik untuk Tya.

Dia seorang ibu dan isteri yang hebat di mata saya. Dia sudah lakukan yang terbaik, sebagai manusia pasti kita akan buat khilaf.

Terdahulu, beberapa fotor Tya ketika berada di London menerima kecaman apabila menampakkan sedikit rambutnya. Susulan itu, peminat meluahkan rasa kecewa dan berharap Tya terus istiqamah.

The post ‘Tya Nampak Rambut Tak Disengajakan’ – Asyraf Khalid first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35675

Trending Articles