Pelakon meningkat naik, Zarif Ghazzi mengakui sebak menerima ucapan daripada peminat bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-21, pada 4 Jun.
Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Tak Mahu Setakat Ada Sijil SPM, Rancang Sambung Pengajian Di Peringkat Diploma & Ijazah
Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Terima Banyak ‘DM’ Selepas Babak Homoseksual Tular
Birthday ke-21

Zarif atau nama lengkap Zarif Farahi Effie Ghazzi berterima kasih dan bersyukur atas segala kata-kata membina serta doa yang diterimanya.
Sejujurnya, ini kali pertama saya mendapat sambutan seperti ini di media sosial dan juga di set penggambaran.
Sebak saya apabila ramai yang memberi ucapan bersama kata-kata yang menyokong saya dalam karier sebagai seorang pelakon.
Tambah aktor asal Johor itu, dia akan terus berusaha keras demi mengukuhkan namanya dalam industri dan sentiasa menuntut ilmu serta tunjuk ajar daripada penggiat seni yang lain.
Saya berterima kasih atas rezeki ini kerana baru dua tahun lebih dalam industri hiburan dan saya sedar, masih banyak yang perlu belajar.
Kata-kata sokongan dari ramai kawan industri serta peminat membuatkan saya ingin memberikan sebaiknya dalam setiap karya yang diamanahkan.
Zarif juga berharap ahli keluarga, rakan media, rakan industri dan peminat tidak putus memberi sokongan kepadanya.
DDalam perkembangan terkini, Zarif sedang menjalani penggambaran sebuah drama di Perlis selama sebulan bersama aktres, Bella Dowanna Halim.
The post Sambut ‘Birthday’ Ke-21, Zarif Ghazzi Sebak Baca Ucapan Peminat first appeared on OHBULAN!.