Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35641

[VIDEO] Bella Astillah & Syed Saddiq ‘Kunci Mulut’ Dakwaan Sudah Bertunang

$
0
0

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan sudah mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Kupas Udang Untuk Bella Astillah Bikin Ramai Cemburu – ‘Melting Betul Tengok Diorang Ni, Sweet!’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Idaman – ‘Tak Nak Orang Dalam Industri Seni & Tidak Pergi Kelab Malam’

Nafi bertunang

Ketika ditemui OhBulan!, Bella atau nama lengkapnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, tidak mengiyakan atau menidakkan dakwaan tersebut.

Sebaliknya lagu Lebih Indah Berpisah itu menegaskan bahawa dia kini hanya memberi sepenuh fokus kepada keluarga dan anak-anak.

Astaghfirullahalazim, sekarang fokus saya untuk anak-anak. Apa-apa nanti saya beritahu.

Bella berkata demikian ketika ditemui di Majlis Roadtour Skor A+ SPM 2025, yang berlangsung di IDCC, Shah Alam pada Rabu.

Sementara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 32, berkata dia tidak mahu ‘menjaja’ kisah peribadi kepada umum dan mahu fokus pada kerjaya.

Apa yang dikatakan oleh Bella, saya kekalkan jawapan itu. Doakan yang baik-baik.

Dalam bab masa depan dan isu peribadi, saya rasa lebih baik dikekalkan skop keluarga supaya kami berdua dapat fokus dalam kerjaya masing-masing.

Terdahulu, kemesraan antara Bella dan Saddiq mencuri perhatian ramai apabila mereka beberapa kali dilihat tampil bersama di khalayak.

Kemesraan yang dipamerkan pasangan ini sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa mereka kini sedang dilamun cinta malah ada dakwaaan mengatakan mereka sudah mengikat tali pertunangan dan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

The post [VIDEO] Bella Astillah & Syed Saddiq ‘Kunci Mulut’ Dakwaan Sudah Bertunang first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35641

Trending Articles