Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah hanya mampu tersenyum keriangan sewaktu mendengar soalan daripada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq ketika mereka melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Buat Bella Astillah ‘Blushing’ – ‘Dia Memang Tak Suka Kopi’
Syed Saddiq buat Bella terdiam
Menerusi rakaman video dimuat naik @teambassofficial, Bella dan Syed dilihat sedang mempromosikan sebuah jenama ‘skin care’ terkenal di Malaysia.
Ketika sesi siaran langsung itu, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkongsi mengenai pengalamannya mengendalikan jerawat di muka.
Ujarnya, dia juga tidak dapat memberikan tips penjagaan kulit secara terperinci dan dalam masa yang sama menyeru penonton untuk menggunakan produk daripada jenama tersebut bagi mendapatkan kulit wajah yang bersih dan sihat.
Sekarang ini kalau saya nak cakap pasal kebersihan pun tak boleh juga sebab saya pun ada jerawat, puncanya stres mungkin.
Jadi, sama-samalah kita guna jenama ini okay?
Mendengar kepada perkongsian itu, Syed Saddiq yang berada di sebelah mula bertanyakan satu soalan mengenai jerawat.
Awak kata kalau ada jerawat itu tandanya rindu (pada seseorang).
Jadi, awak rindukan siapa? Saya ada di sini, hah macam mana itu?
Soalan yang diajukan Syed Saddiq kemudiannya membuatkan Bella tersipu malu lalu tersenyum sebelum menutup mukanya dengan bantal.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur mendengar soalan yang diajukan Syed Saddiq.
Mereka juga menganggap Syed Saddiq sudah semakin berani untuk menunjukkan kemesraannya dengan Bella kepada netizen.
Sumber: TikTok
The post Soalan Syed Saddiq Buat Bella Astillah Tersipu Malu – ‘Rindu Dekat Siapa? Saya Ada Dekat Sini’ first appeared on OHBULAN!.