Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35759

Shila Amzah Rindu ‘Perform’ Lagu Bahasa Melayu

$
0
0

Rasa rindu penyanyi, Shila Amzah untuk menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu terubat selepas dia dijemput untuk membuat persembahan di acara showcase Big Stage di Pavillion, Kuala Lumpur pada Rabu.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Jadi Juara Mingguan Pertandingan ‘Singing With Legends’ Di China, Layak Terus Ke Peringkat Akhir

Selalu nyanyi lagu Mandarin

Ketika ditemui OhBulan!, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah berkata, sepanjang lebih 10 tahun dirinya menempa nama di China, mula kerap mendapat tawaran untuk mempersembahkan lagu dalam bahasa Mandarin.

Sekarang ini apabila saya diundang membuat persembahan pentas atau majlis makan malam, saya jarang dapat menyanyikan lagu Melayu.

Bukan saya tidak suka di mana saya berada sekarang (penerimaan peminat Cina), tetapi sebagai penyanyi dan penggubah lagu kita ada jati diri sebagai anak Malaysia.

Cuma malam ini, saya dapat menyanyikannya di hadapan peminat sehingga mula terbit perasaan rindu itu.

Bercerita lanjut, Shila yang sudah 25 tahun berada dalam industri hiburan mendedahkan dirinya menyimpan hasrat untuk menghiburkan peminatnya dengan mendendangkan lagu popularnya seperti ‘Patah Seribu’ dan Memori Tercipta’.

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 35 tahun itu memaklumkan bahawa kebanyakan penganjur menawarkan dirinya untuk melakukan konsert untuk pasaran peminat kaum Cina.

Apabila penganjur datang kepada saya, kebanyakan daripada mereka menawarkan untuk menganjurkan konsert yang menampilkan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin.

Saya boleh katakan, 80 hingga 90 peratus lagu yang perlu saya nyanyikan adalah dalam bahasa tersebut.

Kebanyakan peminat saya sekarang adalah berbangsa Cina. Ini disebabkan karier saya yang sudah memasuki tahun yang ke-10 di China.

Namun jauh di sudut hati, karier saya bermula dengan lagu-lagu berbahasa Melayu. Jadi, saya mahukan sebuah konsert yang dapat menarik peminat lagu Melayu.

Untuk info, Shila pernah menjuarai program Asian Wave yang dianjurkan di Shanghai, China pada 2012.

Shila kemudian mengukuhkan lagi namanya di China dengan menyertai pertandingan I Am A Singer pada 2014.

The post Shila Amzah Rindu ‘Perform’ Lagu Bahasa Melayu first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35759