Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35824

Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai Selepas Empat Bulan Kahwin

$
0
0

Isteri kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Siti Khalizah Alihan tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 9.40 pagi bagi prosiding kes perceraian yang difailkan terhadap suami.

Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Terima Kasih Semua Yang Mendoakan’ – Fikry Ibrahim

Artikel Berkaitan: Tular Video Berbusana Pengantin, Fikry Ibrahim Didakwa Sudah Berkahwin?

Fail cerai

Mengenakan jubah hitam dan memakai pelitup muka, Khalizah, 37, hadir bersama peguam syarie yang dilantik, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib.

Sebutan tuntutan dan permohonan perceraian pasangan itu dijadualkan berlangsung jam 9 pagi di hadapan hakim syarie Abdul Fattah Datuk Kamarudin.

Walau bagaimanapun, kelibat aktor berusia 31 tahun itu tidak kelihatan sehingga jam 10 pagi.

Rumah tangga Fikry dan Khalizah didakwa mula goyah sejak Mei lalu apabila timbul khabar angin mendakwa hubungan mereka sudah mula dingin.

Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Januari lalu dalam sebuah mahjlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Kedah.

Ini merupakan perkahwinan kedua untuk Khalizah.

The post Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai Selepas Empat Bulan Kahwin first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35824

Trending Articles