Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35822

[VIDEO] Gadis ‘Veil’ Kini Isteri Juruterbang London, Majlis Kahwin Cetus Perdebatan

$
0
0

Gadis yang pernah mencuri perhatian netizen ketika majlis perkahwinan abangnya, Danial Iskandar dan penyanyi Erissa Puteri Hashim, kembali menjadi sorotan ramai selepas sah bergelar isteri kepada jejaka kacukan yang juga juruterbang berpangkalan di London.

Sah bergelar isteri jejak ‘mat saleh’

Adik ipar kepada Erissa Puteri iaitu Putri Darweena Natasya, atau lebih dikenali sebagai Weena telah melangsungkan majlis perkahwinan bersama pasangannya, Ishtiaq Ahmed Ishaq, dalam suasana indah dan klasik di sebuah bangunan bersejarah yang terletak di Chard, Somerset, United Kingdom.

Penampilan pasangan mempelai yang sama cantik sama padan itu dipuji ramai bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua. 

Bukan itu sahaja, busana pengantin serba putih yang digayakan oleh Weena, lengkap dengan veil sepanjang tujuh meter hasil rekaan pereka terkenal Engku Rizalman, turut mencuri tumpuan warganet.

Anak kepada penerbit terkenal, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain itu turut disolek oleh jurusolek profesional, Rozlan Nassir, yang diterbangkan khas dari Malaysia.

Namun begitu, di sebalik kemeriahan dan pujian yang diterima, terdapat juga segelintir netizen yang mempertikaikan cara majlis dijalankan dan menyamakan suasananya seperti majlis perkahwinan agama lain.

Sebelum ini, Weena pernah menerima kecaman warganet apabila penampilannya yang mengenakan veil di majlis perkahwinan abangnya didakwa telah ‘overshadow’ pengantin. 

Komen netizen

Sumber: TikTok Budak Tadika

The post [VIDEO] Gadis ‘Veil’ Kini Isteri Juruterbang London, Majlis Kahwin Cetus Perdebatan first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35822

Trending Articles