Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35805

Lelaki Rambut Perang Jadi ‘Hero’ Dalam Eksperimen Sosial Anak Derhaka

$
0
0

‘Jangan menilai buku dari luarannya’, itulah perumpamaan sesuai diberikan kepada seorang lelaki berambut perang yang muncul di dalam konten terbaharu YouTuber terkenal, Isa Isarb.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isa Isarb Buat Netizen Risau, Nak ‘Camping’ Tepi Gunung Berapi Selama 24 Jam – ‘Hati-Hati, Asap Sulfur Tu Bahaya’

Tak sampai hati tengok

@tyyyyyy3_

TENGOK FULL DI YT : Isa Isarb CREDIT BY : Isa Isarb TAJUK : Anak Derhaka https://youtu.be/Ihh8pVbWChU?si=cWlsBSSmPxPaeJdc (subscribe yt Isa Isarb guys) #isaisarb #isa #isarb #clan #team #foryou #fory #pyf

♬ original sound – 𝓑𝓾𝓽𝓽𝓮𝓻𝓯𝓵𝔂 – 𝓑𝓾𝓽𝓽𝓮𝓻𝓯𝓵𝔂

Menerusi rakaman video dimuat naik seorang pengguna di TikTok, seorang wanita dilihat ‘berlakon’ sesat dan meminta pertolongan seorang lelaki awam untuk menghubungi anaknya.

Namun, respon yang diberikan ‘anak-anak’ kepada wanita itu ternyata mengejutkan lelaki tersebut.

‘Along tengah main snuker ni mak, telefon angahlah’.

‘Yang datang tak bagitahu kenapa? Kan dah menyusahkan angah. Esoklah angah ambil’.

Terkejut mendengar perbualan anak-beranak itu, lelaki berkenaan kemudiannya menelefon semula dua individu tersebut sebelum mempelawa wanita itu untuk makan.

Abang boleh ke tolong datang ambil mak abang?

Dia dah minta bantuan saya, takkan saya nak tinggalkan macam itu aja?

Abang jangan cakap macam itu. Ini mak abang, bukan orang lain.

Saya dah tak ada mak, bila jadi macam ini saya sedih.

Jangan pandang luaran

Reaksi yang diberikan lelaki itu ternyata membuatkan Isa dan dua lagi rakannya yang berada di dalam van tersentak dan terharu.

Ujar Isa, adalah tidak patut untuk kita menilai seseorang daripada luarannya.

Sebab itu orang kata, ‘Don’t judge a book by it’s cover’.

Rambut dia perang tapi dia yang paling berbunga dekat situ.

Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih pujian daripada ramai netizen yang menonton.

Sementara itu, pada pengamatan OhBulan!, video konten yang bertajuk ‘Anak Derhaka-Social Experiment’ itu telah meraih lebih 786,000 tontonan dan lebih 39,000 tanda suka selepas dua hari dimuat naik di YouTube.

Sumber: TikTok, YouTube

The post Lelaki Rambut Perang Jadi ‘Hero’ Dalam Eksperimen Sosial Anak Derhaka first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35805

Trending Articles