Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35805

[VIDEO] Netizen Simpati DMA Islam Dimalukan Depan Khalayak Ramai

$
0
0

Kekalahan pempengaruh media sosial, DMA Islam dalam perlawanan tinju menentang pempengaruh yang dikenali sebagai Abang Koroy meraih simpati wargamaya.

Artikel Berkaitan: DMA Islam Kalah Tinju, Da’i Wan Titip Pesan – ‘Ubah Sikap Ke Arah Lebih Baik’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Tak Pernah Hormat Artis Atau Influencer, Mereka Tak Ada Real Value’ – DMA Islam

Macam dibuli

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, DMA Islam dilihat dalam keadaan hidungnya berdarah setelah dibelasah dalam perlawan tinju yang disaksikan oleh puluhan ribu penonton.

Bagaimanapun, kebanyakan netizen kurang bersetuju dengan perlawanan tersebut yang dianggap membuli secara halus.

Dimalukan depan khalayak ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati melihat keadaan DMA Islam yang dimalukan dihadapan khalayak ramai dan menjadi subjek hiburan.

Imbas kembali, perlawanan tinju melibatkan DMA Islam dan Abang Koroy telah berlangsung secara langsung di aplikasi TikTok.

Pada perlawanan itu, DMA Islam telah tewas secara ‘knockout’ (KO) manakala Abang Koroy selaku pemenang berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.

Sebelumnya, perlawanan melibatkan dua pempengaruh itu pada awalnya dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada Ahad bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025.

Walau bagaimanapun, perlawanan tersebut telah dibatalkan secara tiba-tiba oleh pihak Twins Championship.

Sumber: TikTok @nei

The post [VIDEO] Netizen Simpati DMA Islam Dimalukan Depan Khalayak Ramai first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35805

Trending Articles