Program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Purr-Fect Care by Si Comot yang dianjurkan oleh Powercat dengan kerjasama Kelab Khidmat Masyarakat UniMAP, telah berlangsung dengan jayanya di Bustana Kucing Perlis.
Program ini bertujuan membantu lebih daripada 3,000 ekor kucing yang berada di bawah jagaan pusat perlindungan tersebut.
Artikel Berkaitan: Wanita Kejam Pukul Kucing Dengan Besi Sehingga Mati Direman 4 Hari
Artikel Berkaitan: Wanita Kantoi Bunuh Kucing, Rupanya Nak Rebus & Makan Untuk Rawat Sakit Asma
Sayangi kucing terbiar

Bustana Kucing Perlis yang diusahakan oleh pasangan Mohd Taufik Md Zain dan Noor Azlina Abu Bakar, masing-masing berusia 59 tahun, menempatkan ribuan kucing termasuk yang sihat dan juga yang memerlukan rawatan serta penjagaan khusus. Shelter ini amat memerlukan bantuan dari segi bekalan makanan dan perubatan.
Sebagai tanda sokongan, pihak Si Comot by Powercat telah menyumbangkan sebanyak 800kg makanan kucing serta pelbagai peralatan keperluan harian untuk digunakan oleh pihak Bustana Kucing Perlis.
Program ini turut disertai oleh para pelajar dari Kelab Khidmat Masyarakat UniMAP yang hadir membantu membersihkan dan menyusun semula kawasan shelter, sebagai tanda prihatin terhadap kebajikan haiwan terbiar.
Menambahkan kemeriahan, dua personaliti media sosial terkenal iaitu @king_oyen2022 dan @nabilahbahrin_ turut serta menjayakan program ini. Kedua-duanya dikenali sebagai pencinta kucing yang aktif dalam menyuarakan isu-isu kebajikan haiwan.
Menurut @Kingoyen, ini kali pertama dia sertai program CSR yang memberi fokus sepenuhnya terhadap kucing terabai.
Saya sangat gembira dapat membantu kucing-kucing di Bustana Kucing Perlis. Terima kasih kepada Powercat yang sentiasa menyumbang kepada shelter-shelter yang memerlukan.
Kucing juga keluarga

Turut hadir memeriahkan program ialah Maria Tunku Sabri, personaliti televisyen terkenal yang juga merupakan pencinta kucing tegar.
Saya berbesar hati dapat membantu dalam program CSR ini. Saya sendiri mempunyai tujuh ekor kucing di rumah dengan pelbagai ragam yang sering menceriakan hari saya.
Mereka bukan sekadar haiwan peliharaan, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada keluarga. Sebab itu saya sangat sukakan aktiviti seperti ini. Terima kasih kepada Powercat kerana menjemput saya untuk turut serta membantu.
Sementara itu, menurut Azzedin Rusland, Business Manager Powercat, program seperti ini penting bagi memperkukuh nilai kemanusiaan dan semangat kesukarelawanan dalam masyarakat.
Kami akan terus menyokong inisiatif sebegini di seluruh negara. Program Purr-Fect Care by Si Comot akan diteruskan ke beberapa lagi pusat perlindungan kucing di seluruh Malaysia.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pengurusan shelter serta memastikan kebajikan haiwan terus terbela.
The post Program Purr-Fect Care By Si Comot Bantu 3000 Ekor Kucing Di Perlis first appeared on OHBULAN!.