Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36110

Safwan Nazri Terkedu, Harga Baju & Beg Cik B Lagi Mahal Dari Kereta

$
0
0

Pelakon Safwan Nazri terkesima dengan harga barang-barang yang dipakai oleh personaliti media sosial, Cik B.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Pakai Baju Kurung ‘Pink’ Raih Perhatian, Netizen Puji – ‘Alhamdulillah Suka Tengok, Ini Baru Betul Gadis Melayu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Cik B Main Telefon Dalam Kelas – ‘Tak Berbaloi Belajar Jauh, Awak Tak Fokus Pensyarah Mengajar’

Harga baju

@sembangseram

perghh lain macam level CikB Alhamdulilah, hampa jangan dok pandai2 kecam, aku yg tanya semua ni sbb aku impress hihi #Sembangseram #Seram #CikB #Ceritaseram #Kisahseram #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast

♬ original sound – sembangseram – sembangseram

Menerusi podcast Sembang Seram, Safwan bertanya kepada Cik B tentang harga baju yang dipakai dan aksesori yang digayakannya.

Baju hoodie RM8,000, t-shirt dalam RM4,000 tapi orang semua tahu saya memang peminat Balenciaga sebab logo ‘B’.

Banyak pasang saya ada, saya pun tak terkira sampai kawan sempat mencuri baju.

Harga cincin dalam RM2,000 sahaja. Yang Gucci pula harganya dalam RM1,500.

Tidak hanya itu, Cik B atau nama lengkapnya Edlynn Zamileen Muhammad Amin juga memiliki beg tangan yang berharga puluhan ribu ringgit.

Beg tangan pula, saya banyak pakai LV dan Chanel tapi sekarang saya pakai Birkin.

Beg Birkin itu harganya RM80,000.

Kalau nak tahu orang itu setia atau pun tidak, dia akan pakai beg tangan satu sahaja dan tak tukar. Itu apa yang mak saya cakap.

Safwan dilihat memberi reaksi terkejut selepas anak kepada usahawan, Datu Seri Vida itu menyebut harga bagi setiap barang jenama mewah miliknya.

Patutlah dia setia beg dia RM80,000..lebih mahal daripada Honda City.

Kalau kita beg RM40, RM50..paling mahal pun RM390, memang tak setialah.

Saya kalau nak beli barang Balenciaga, 40 kali fikir. Tak mengapalah, disebabkan sudah bekerja penat-penat saya pun beli sepasang kasut.

Selepas itu saya berasa berat apabila isteri pula minta beg tangan.

Cik B datang podcast ni, harga barang-barang dia sama dengan harga kamera yang ada di sini.

Cik B rendah diri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terkejut apabila mendengar harga-harga bagi setiap item yang disebut Cik B.

Bagaimanapun, mereka tetap memuji Cik B yang disifatkan merendah diri meskipun memiliki pelbagai barangan mewah.

Sumber: TikTok Sembang Seram

The post Safwan Nazri Terkedu, Harga Baju & Beg Cik B Lagi Mahal Dari Kereta first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36110